1. bahagian yang keras dalam batang kayu, hati kayu:
Sanah tidak sanggup membelah batang-batang pinang itu, kulitnya sama keras dengan ~ kayu nangka;
2. bahagian beras dan lain-lain yang sudah dibersihkan;
3. [kiasan] sesuatu yang terpenting (terutama), isi yang terpenting (terbaik), sesuatu yang menjadi asas atau dasar (bagi sesuatu), intisari:
pantunlah yang menjadi ~ puisi Melayu lama dalam kesusasteraan Melayu;
orang-orang ini yang akan menjadi ~ negara;
orang-orang Jepun tidak pernah lupa pada ~ sebenar kemajuan, iaitu membaca;
~ bumi bahagian tengah bumi yang cair;
~ terhunjam, gubal melayang, bertinting bertampi ~, gubal melayang ~ tinggal (peribahasa) orang bangsawan akan lebih dimuliakan walaupun tidak berharta;
meskipun tertimbun dalam tanah, namun ~ timbul juga (peribahasa) orang yang berbudi baik itu sekalipun dalam keadaan melarat akan tetap berbudi dan berhati mulia;
bertemu ~ dengan beliungnya (peribahasa) dua orang yang berselisih dan sama-sama tidak mahu mengalah;
berteras mempunyai (ada) terasnya:
tumbuh-tumbuhan herba tidak ~;
~ ke dalam orang yang tidak kelihatan kekayaan atau kecerdikannya;
~ ke rusuk orang yang dikuasai oleh kaum keluarganya;
~ keluar bagai pimping (peribahasa) tampak di luar sahaja bagus (kaya dan lain-lain) tetapi sebenarnya melarat;
di manakah ~ kayu mahang (peribahasa) janganlah diharapkan yang mustahil;
berteraskan [kiasan] mempunyai sebagai teras (asas, dasar), berasaskan, berdasarkan:
Rasulullah telah berjaya menyatupadukan ketiga-tiga kaum itu di bawah perpaduan yang ~ agama Islam;
menerasi menjadi teras kepada:
Islamlah yang ~ keperibadian Melayu.