tar III

1. = minyak ~ benda cair yang hitam warnanya dan didapati daripada arang batu dan lain-lain (biasanya digunakan untuk membuat atau melapisi jalan dan lain-lain);

2. [Indonesia] asfalt;
jalan ~ jalan yang dibubuh asfalt.

tara I

1. sama (kedudukannya, keadaannya, dan lain-lain), bandingan, imbangan:
anak raja itu terkenal sebagai ahli bermain pedang yang tidak ada ~nya;
bukan ~nya
bukan tandingnya (imbangannya);
tiada ~nya tiada bandingannya (toloknya);

2. [sastera lama] sama dengan (taraf, kedudukan, peringkat):
maka didudukkan baginda ~ Bendahara, tetapi jikalau makan, ke bawah;

setara
1. sama (besarnya, kuatnya, dan lain-lain), sejajar:
kelakuannya sangat ganjil jika dibandingkan dengan kelakuan pemuda-pemuda lain yang ~ dengannya;
cincin intan dua ~
sebentuk cincin dengan berpermatakan dua intan yang sama besarnya;

2. sama (pangkatnya, darjatnya, tarafnya, nilainya, dan lain-lain), sedarjat, setaraf:
maka digelar baginda Paduka Raja, disuruh duduk di seri balai ~ Seri Nara Diraja;

3. sepadan, setimbal, seimbang:
usahanya tidak ~ dengan hasilnya;
gajinya tidak ~ dengan kerjanya;

4. sebanding, setanding, selaras:
taraf ekonomi dan darjat pengetahuan rakyat di negeri-negeri Afro-Asia belum ~ dengan yang telah dicapai oleh penduduk di negeri Barat;

menyetarakan menjadikan setara (sebanding, seimbang, setimbal, dan lain-lain);

penyetaraan perihal (perbuatan dan sebagainya) menyetarakan;

kesetaraan perihal (keadaan dan sebagainya) setara;

ketidaksetaraan perihal (keadaan dan sebagainya) tidak setara (tidak seimbang);

bertara ada taranya, berbanding, berimbang, bertimbal:
anak perempuannya terlalu amat baik rupanya, tiada ~ pada zaman itu;

tertara terbandingkan, ternilai, tertandingkan:
barang siapa yang berpuasa sunat, maka ia mendapat kebajikan yang tidak ~;

penara bukit ~ tanah rata di atas bukit (seperti ditarah rupanya).

tara II

selisih atau perbezaan berat kasar dengan berat bersih, potongan harga barang (dalam kiraan peratus) sebagai ganti pembungkusnya.

tara III

[Minangkabau] sejenis alat daripada kayu yang berpaku untuk menggaris kayu;
melampaui ~ melampaui garis (aturan, ukuran).

taraf

1. tinggi rendahnya atau buruk baiknya (nilai sesuatu), darjah, mutu, tingkatan:
peradaban mereka telah mencapai ~ yang tinggi;

2. tingkatan kedudukan dalam masyarakat, martabat, darjat:
di pelantaran stesen ramai pembesar negeri berdiri dan berbaris menurut ~ masing-masing;

3. batasan waktu, tingkatan masa, peringkat:
mesyuarat itu masih pada ~ permulaan lagi;
~ hidup
tingkat kemewahan hidup;
~ sosial kedudukan dalam masyarakat, darjat;

setaraf sama taraf, sedarjat, sejajar, setara, setingkatan:
tiap-tiap calon mestilah mempunyai Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusanyang ~ dengannya;

menyetarafkan
1. menjadikan setaraf, menyamakan (darjatnya), menyetarakan (dengan), menjajarkan (dengan):
jawatan Peguam Negara sudah disetarafkan dengan menteri;
Sijil Pelajaran Malaysia disetarafkan dengan Sijil Persekolahan Seberang Laut;

2. menyepadankan dengan, menyesuaikan dengan:
dia ~ keperluannya dengan pendapatannya;

bertaraf mempunyai taraf (darjat, tingkatan):
masyarakat mereka masih ~ rendah;
kita ini sebagai bekas anak revolusi dan sekarang ini ~ calon angkatan perang yang rasmi;

menarafkan menentukan darjat (pangkat dan lain-lain):
pembuat dasar ~ negara berdasarkan kriteria dan keadaan yang berbeza-beza;

penarafan
1. perihal atau perbuatan menarafkan:
~ itu dibuat berdasarkan tujuh peringkat skala;

2. (Ekonomi) penilaian terhadap kedudukan sesuatu sekuriti, kewangan, dan sebagainya yang dibuat oleh agensi bebas dengan memberikan gred tertentu berdasarkan kriteria yang ditetapkan:
~ itu juga menggambarkan daya keuntungan bank tersebut.

taragon

sejenis herba berwarna hijau dan berbau harum yang daunnya digunakan sebagai perasa masakan, Artemisia dracunculus.

tarah

rata (selepas dipepat, dirimbas, dan lain-lain);
~ kasau diasah supaya rata (gigi);

bertarah sudah diratakan dengan beliung dan lain-lain (batang kayu dan lain-lain);
sudah ~ berdongkol pula (peribahasa) [Minangkabau] setelah suatu perselisihan diselesaikan timbul pula perselisihan yang lain;

menarah meratakan atau melicinkan (kayu, batu, tanah, dan lain-lain) dengan rimbas dan lain-lain:
dia asyik ~ dan mengukir papan cengal;

tarahan
1. yang sudah ditarah;

2. cara (kaedah) menarah;

penarahan proses (kerja, perbuatan dan sebagainya) menarah:
~ bukit itu dijalankan oleh sebuah syarikat yang membekalkan tanah merah;

penarah alat untuk menarah.

tarak I

[Arab]
1. pengekangan hawa nafsu dengan bertapa (berpuasa, berpantang, dan lain-lain);

2. [Minangkabau] tapa;

bertarak
1. mengekang hawa nafsu (dengan berpantang, berpuasa, dan lain-lain);

2. [Minangkabau] bertapa, mengasingkan diri;

3. [Minangkabau] berlama-lama di sesuatu tempat, lama menanti (menunggukan sesuatu);

pertarakan perihal bertarak, pertapaan.