teratai.
tarawih
[Arab] = sembahyang ~ sembahyang sunat yang dilakukan pada malam hari dalam bulan Ramadan (selepas sembahyang Isyak);
bertarawih melakukan tarawih:
malam ini mereka pergi ~ di surau.
tarbiah
[Arab] pendidikan, pengasuhan;
mentarbiahkan mendidik, mengasuh;
pentarbiahan perihal (proses, perbuatan atau usaha) mentarbiahkan:
ia seharusnya mengarah kepada ~ kelompok remaja yang berwawasan dan seimbang.
tarbil
1. [sastera lama] sejenis busur untuk melontarkan anak batu (peluru daripada tanah liat);
2. [arkaik] alat untuk melontar batu kerikil dan lain-lain, lastik.
tarbus
sejenis kopiah yang tinggi dan diberi berjambul (dibuat daripada lakan merah), kopiah Turki;
bertarbus memakai tarbus.
tarcis
[Indonesia-Belanda] sejenis kuih, kek.
tarekat
Ar
1. jalan;
2. jalan untuk mencapai kebenaran (dalam tasawuf):
ilmu ~ ilmu tasawuf, ilmu sufi (suluk);
3. tatatertib hidup (mengikut peraturan agama atau ilmu kebatinan);
4. perkumpulan penuntut ilmu tasawuf.
tarhim
[Arab] bacaan doa atau ayat-ayat al-Quran yang biasanya dibaca sebelum masuk waktu solat Subuh;
bertarhim membaca atau melagukan tarhim:
aku mudah terjaga apabila terdengar suara orang ~ dari masjid itu.
tari
= tarian gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik;
~ gambus sejenis tari yang diiringi oleh gambus dan rebana;
~ inai = ~ piring tari dengan menggunakan piring dan lilin (oleh gadis-gadis);
~ keris (sewar, sikin) tari dengan memainkan keris (sewar, sikin);
~ kipas tari dengan memainkan kipas;
~ payung sejenis tari dengan menggunakan payung;
~ sapu tangan tari dengan melambai-lambaikan sapu tangan;
~ selendang tari dengan memakai selendang;
~ serimpi sejenis tari yang dipertunjukkan oleh perempuan (di istana Jokja, Solo);
menari, bertari [arkaik] melakukan tari dengan mengikut muzik:
kakak Ramlah sedang ~, sedang berlatih ~;
~ di ladang orang (peribahasa) bersuka-suka memakai harta orang lain dengan tidak mengingat kerugian orang itu;
~ yang tak pandai, dikatakan lantai nan terjungkat = sebab tiada tahu ~ dikatakan tanah lembap (peribahasa) sebab tidak tahu membuat sesuatu pekerjaan, dikatakan perkakas yang salah atau tidak cukup;
menari-nari melompat-lompat (kegirangan dan lain-lain), mendompak-dompak, bergerak-gerak pantas dan lancar (seperti gerakan menari);
menarikan
1. melakukan sesuatu tari, menari dengan sesuatu tari:
maka pendekar pun menghampiri lalu ~ inai serta memukul rebana lagu ceracap ini;
2. menggerak-gerakkan (jari-jari) dengan pantas dan lancar (seperti gerakan menari):
perbuatan ~ jari-jari di atas meja semasa bercakap dan lain-lain;
tari-tarian, tari-menari bermacam-macam tari:
pada malam itu telah diadakan suatumajlis~;
tertari-tari [sastera lama] menari-nari:
kijang dua ekor itu datang ke hadapan rumahnya terlompat-lompat dan ~;
penari orang yang pandai menari, tukang tari, anak tari:
dia seorang ~ joget.
taridra
drama yang dipersembahkan dalam bentuk tarian.