[Indonesia-Belanda] tepung ubi kayu.
tapir
sejenis binatang liar, tenuk, Tapirus indicus.
tapis I
1. alat untuk menapis;
2. [bahasa percakapan] menapis;
bertapis (telah) ditapis:
air yang belum ~;
menapis
1. menuras dengan saringan (barang yang cair seperti minyak, air minum, dan lain-lain), menyaring:
air yang digunakan di situ telah dibersihkan dan ditapis sebelum dihantar ke rumah-rumah;
2. meneliti serta memilih-milih (untuk mengasingkan yang dikehendaki daripada yang tidak dikehendaki), menyaring:
ia perlu ~ maklumat yang berbagai-bagai itu sebelum membuat sesuatu pilihan yang dapat diterima;
tapisan
1. sesuatu yang sudah ditapis, hasil daripada menapis;
2. = penapis alat untuk menapis sesuatu:
~ minyak;
penapisan
1. perbuatan menapis:
~ minyak;
~ kertas kerja dilakukan oleh ahli jawatankuasa;
2. (Undang-undang) pemeriksaan yang dibuat terhadap bahan terbitan, filem dan sebagainya dengan tujuan untuk menghalang penyebaran atau pengeluaran bahan yang boleh dikira sebagai tidak bermoral, lucah, cabul atau membahayakan keselamatan;
penapis
1. alat untuk menapis, penyaring:
kaca atau filem yang berwarna itu dinamakan ~ warna atau ~ cahaya;
2. orang (badan dan sebagainya) yang menapis:
dalam negeri kita ini, ada Lembaga P~ Filem, sebuah badan yang bertugas untuk menapis filem yang hendak ditayangkan.
tapis II
sejenis tumbuhan (pokok), lenggapus, Mesua ferrea.
taptibau
sejenis burung, burung tetabu, Eurostopodus temminckii.
taptu
[Indonesia-Belanda]
1. bunyi semboyan pada waktu malam (untuk memanggil perajurit-perajurit pulang ke asrama);
2. berbaris dengan iringan muzik pada waktu malam.
tapu I
[Minangkabau] penuh.
tapu II
[Terengganu] mengampu dengan tapak tangan:
hati-hati, bakul ini berat, kamu hendaklah ~ supaya tidak pecah.
tapuh
sejenis tumbuhan (herba), jenjuang, juang-juang, lenjuang, Dracaena congesta.
tapuk I
bertapuk-tapuk bertimbun-timbun dengan banyaknya, berlonggok-longgok (hutang, benda, dan lain-lain).