tapis I

1. alat untuk menapis;

2. [bahasa percakapan] menapis;

bertapis (telah) ditapis:
air yang belum ~;

menapis
1. menuras dengan saringan (barang yang cair seperti minyak, air minum, dan lain-lain), menyaring:
air yang digunakan di situ telah dibersihkan dan ditapis sebelum dihantar ke rumah-rumah;

2. meneliti serta memilih-milih (untuk mengasingkan yang dikehendaki daripada yang tidak dikehendaki), menyaring:
ia perlu ~ maklumat yang berbagai-bagai itu sebelum membuat sesuatu pilihan yang dapat diterima;

tapisan
1. sesuatu yang sudah ditapis, hasil daripada menapis;

2. = penapis alat untuk menapis sesuatu:
~ minyak;

penapisan
1. perbuatan menapis:
~ minyak;
~ kertas kerja dilakukan oleh ahli jawatankuasa;

2. (Undang-undang) pemeriksaan yang dibuat terhadap bahan terbitan, filem dan sebagainya dengan tujuan untuk menghalang penyebaran atau pengeluaran bahan yang boleh dikira sebagai tidak bermoral, lucah, cabul atau membahayakan keselamatan;

penapis
1. alat untuk menapis, penyaring:
kaca atau filem yang berwarna itu dinamakan ~ warna atau ~ cahaya;

2. orang (badan dan sebagainya) yang menapis:
dalam negeri kita ini, ada Lembaga P~ Filem, sebuah badan yang bertugas untuk menapis filem yang hendak ditayangkan.

berkongsi