syukur

1. terima kasih:
kalau abang dapat sembahyang sahaja, aku mengucapkan ~ kepada Tuhan;

2. [kata seru] untunglah, mujurlah;

3. beruntung, mujur, bertuah:
saya berasa ~ dapat berjumpa dengan datuk;

bersyukur berasa syukur, berterima kasih:
sekarang telah nampak kejayaan, ~ aku kepada Tuhan;
perempuan dan laki-laki tidak pernah berasa puas dengan apa yang ada, tidak pernah ~;

mensyukuri mengucapkan syukur (terima kasih) kepada, melakukan sesuatu (berkenduri dan lain-lain) sebagai tanda bersyukur:
orang sudah sibuk di rumah Engku Besar memasak-masak untuk kenduri, kerana ~ pernikahannya;

kesyukuran rasa syukur:
tidak dapat digambarkan lagi kesukaan dan ~ mereka pada ketika itu.

syumul

[Arab] bersifat menyeluruh dan sempurna:
undang-undang Islam yang bersifat ~ dan universal;

kesyumulan perihal (sifat) syumul, kesejagatan:
apakah kurikulum yang berjalan telah benar-benar menggambarkan ~ Islam?

syura

mesyuarat (untuk mencapai keputusan menurut suara terbanyak):
peranan masjid yang ketiga adalah sebagai tempat ~ masyarakat setempat.

syurah

huraian, keterangan, penjelasan;

mensyurahkan menghuraikan, menjelaskan;

syarah II.

syurga

= ~ jannah = ~ jannat alam akhirat (tempat roh manusia yang baik-baik dan banyak membuat pahala ketika di dunia), tempat balasan pahala dan tempat mengecap nikmat Tuhan yang kekal;
~ dunia segala rupa kenikmatan (kesenangan, kebahagiaan) di dunia;

kesyurgaan segala yang berkaitan dengan syurga.

ta I

1. huruf ketiga abjad Arab (mempunyai nilai 400);

2. huruf ketiga abjad Jawi;
~ marbutah huruf ta di akhir kata tulisan Arab (Jawi) yang boleh menjadi ha besar atau ta.