syeikh

1. sebutan kepada orang yang berketurunan sahabat-sahabat Nabi;

2. sebutan kepada orang Arab (yang berasal dari Hadramaut);

3. sebutan kepada alim ulama;

4. = ~ haji = ~ jemaah orang-orang yang mengurus orang naik haji.

syelek

1. sejenis bahan berdamar yang berbentuk kepingan nipis dan digunakan untuk membuat varnis bagi mengilatkan kayu dan lain-lain;

2. varnis yang dibuat dengan melaruntukan syelek dalam etanol atau lain-lain yang seumpamanya;

mensyelek menyapu syelek pada sesuatu;

syer (syr) bahagian dalam modal sesuatu perniagaan, saham, sero:
syarikat itu mengeluarkan ~ untuk mendapat modal;
~ kosong
[bahasa percakapan] syer yang diberikan kepada seseorang dengan tidak membayar harganya.

Syiah

[Arab] salah satu daripada dua mazhab terpenting dalam Islam yang menolak tiga khalifah ar-Rasyidin yang awal dan menganggap Saidina Ali sebagai pengganti Nabi Muhammad yang sah;
kaum ~ kaum yang mengasingkan diri daripada kaum Sunah (dalam agama Islam).

syiar

[Arab] lambang kebesaran, keagungan, atau kemuliaan:
hingga sekarang ini, sentiasalah kedengaran suara azan pada tiap-tiap waktu sembahyang, yang menandakan ~ Islam.

syif

1. kumpulan yang bekerja (mis di kilang) bergilir-gilir dengan kumpulan lain;

2. tempoh kerja yang dijadualkan:
minggu depan saya bekerja ~ malam.

syifa

[Arab] sesuatu yang menyembuhkan penyakit (kerunsingan dan sebagainya), penawar:
selawat ~.

syiling

1. unit mata wang Inggeris yang bernilai 1/20 paun atau 5 peni;

2. = duit (wang) ~ mata wang yang dibuat daripada logam.

syim

kepingan logam, kayu, getah, dan sebagainya yang nipis untuk memalam sesuatu, sesendal.