syin

1. huruf ke-13 abjad Arab (mempunyai nilai 300);

2. huruf ke-14 abjad Jawi.

syirik

[Arab] perbuatan menyekutukan Allah, baik dengan keyakinan, ucapan atau perbuatan, misalnya percaya adanya kuasa ghaib selain Allah, memuja berhala dan sebagainya;

mensyirikkan menganggap Allah itu banyak, menyekutukan (menduakan) Allah;

kesyirikan tahap (darjah) berada dalam keadaan syirik.

syogun

(Jepun) panglima tertinggi tentera Jepun yang menjadi pemerintah dan lebih berkuasa daripada Maharaja (sehingga tahun 1867).

syok

[bahasa percakapan]

1. sangat menarik hati (seronok, suka dan sebagainya):
~ juga dengar cerita dia;

2. sangat tertarik hati:
kata kawan-kawannya Azhar tu ~ pada dia;
~ sendiri
berasa seronok, puas dan sebagainya dengan apa yang dilakukan oleh diri sendiri sahaja tanpa mengira tanggapan, perasaan dan sebagainya orang lain;

3. [Indonesia] berlagak, berpura-pura.

syor

cadangan, anjuran, nasihat, petunjuk, saran:
cadangan atau ~ yang terbaik akan dikira menang;

mengesyorkan mengemukakan cadangan, mencadangkan, menganjurkan, menyarankan:
dia ~ kepada peguam supaya menyelesaikan perkara itu di luar mahkamah sahaja.