syukur

1. terima kasih:
kalau abang dapat sembahyang sahaja, aku mengucapkan ~ kepada Tuhan;

2. [kata seru] untunglah, mujurlah;

3. beruntung, mujur, bertuah:
saya berasa ~ dapat berjumpa dengan datuk;

bersyukur berasa syukur, berterima kasih:
sekarang telah nampak kejayaan, ~ aku kepada Tuhan;
perempuan dan laki-laki tidak pernah berasa puas dengan apa yang ada, tidak pernah ~;

mensyukuri mengucapkan syukur (terima kasih) kepada, melakukan sesuatu (berkenduri dan lain-lain) sebagai tanda bersyukur:
orang sudah sibuk di rumah Engku Besar memasak-masak untuk kenduri, kerana ~ pernikahannya;

kesyukuran rasa syukur:
tidak dapat digambarkan lagi kesukaan dan ~ mereka pada ketika itu.

berkongsi