surih

1. coret panjang (lurus, bengkok atau melengkung), jalur kecil, garis, gores;

2. kesan atau jalan yang telah dilalui oleh sesuatu, bekas;
~ gelombang jalan yang diikuti oleh sesuatu gelombang;
kertas ~ kertas nipis yang digunakan untuk meniru peta dan lain-lain yang diletakkan di bawahnya;

bersurih ada garisnya (bekasnya), bergaris, bergores;

menyurih
1. melukis garisan, menggaris, menggores;

2. melukis peta dengan menggunakan kertas surih (peta asal diletakkan di bawahnya);

menyurihkan membuat garisan, menggariskan, menggaritkan, menggoreskan;
~ api-api menggores mancis api;
~ jalan
a) mencari akal (daya upaya);
b) memberi petunjuk (petua);
~ percakapan memesongkan perbualan;

penyurihan (Kimia) penggunaan bahan (biasanya radioaktif) untuk mengesan taburan, perjalanan, atau kedudukan sesuatu unsur, sebatian, struktur, dan lain-lain dalam sesuatu sistem atau dalam tubuh;

penyurih
1. orang yang melukis peta dan lain-lain (dengan meniru dari peta yang sedia ada);

2. (Kimia) bahan (biasanya radioaktif) yang digunakan untuk mengenal pasti atau mengesan struktur tertentu dalam sesuatu sistem atau dalam tubuh.

surin

1. sejenis tumbuhan (pokok), bengku, ketiau, mayang (medang) ketur, mitis, nyatuh tanjung, pujang, Ganua motleyana;

2. sejenis tumbuhan (pokok), betis mitis, putat bukit, seminai, Madhuca utilis;

3. sejenis tumbuhan (pokok), getah sundik, nyatuh, semaram, Payena havilandii;

4. sejenis tumbuhan (pokok), balam sundik, getah sundik, semaram, Payena leerii;

5. sejenis tumbuhan (pokok), Payena obscura.

surplus

[Indonesia-Belanda] kelebihan (hasil dan lain-lain), lebih, sisa;
daerah ~ daerah yang berlebih hasilnya.

suruh I

perintah (firman, titah) supaya melakukan sesuatu, lawan larangan:
hendaklah kita selalu mengerjakan ~ dan meninggalkan tegah Allah;

bersuruh-suruhan [sastera lama] utus-mengutus, berkirim-kiriman (utusan, wakil, dan lain-lain);

menyuruh
1. memberi perintah supaya melakukan sesuatu, meminta supaya (dilakukan sesuatu), mengarahkan:
tiap-tiap petang apabila saya berehat di serambi itu, kedua-duanya datang dan ~ saya melanjuntukan cerita itu;

2. memberi perintah supaya pergi (ke), meminta orang pergi (ke), mengirim, mengutus:
dari tadi dia sudah disuruh ke sekolah;
disuruh, pergi, dipanggil, datang
(peribahasa) perihal seseorang yang patuh menurut perintah;
belum disuruh, sudah pergi, belum dipanggil, sudah datang (peribahasa) perihal orang yang arif dan rajin;

menyuruh-nyuruh menyuruh berkali-kali (berulang kali), mendesak-desak (supaya seseorang melakukan sesuatu):
dia menjawab itu seperti disuruh-suruh oleh kuasa yang dia tidak tahu dari mana datangnya;

menyuruhkan
1. menyuruh mengerjakan, memerintahkan:
ada kira-kira pukul dua belas malam, bangunlah mualim ~ segala kelasi membongkar sauh;

2. [sastera lama] mengirimkan (menghantarkan) ke, menyuruh pergi ke, mengutus:
sultan pun ~ utusan kepada segala raja yang di bawah angin ini;

tersuruh sudah disuruh;
~ pada orang yang akan pergi, terimbau (terpanggil) pada orang yang akan datang (peribahasa) menyuruh seseorang mengerjakan sesuatu yang sangat diingininya;

suruhan
1. sesuatu yang disuruh, perintah:
orang yang rajin mengerjakan ~ Tuhan itu akan terus ke syurga;

2. = pesuruh orang yang disuruh;
budak ~ = orang ~ orang yang disuruh-suruh, pembantu rumah, dan lain-lain;

3. = penyuruh [sastera lama] perihal menyuruh, perbuatan menyuruh:
adapun kami ke mari dengan ~ keramat wali Allah;

suruh-suruhan hamba yang disuruh-suruh;

penyuruhan [sastera lama] orang yang disuruh:
maka ~ Pangeran Depati itu pun datanglah menyambut Gusti itu;

pesuruh orang yang disuruh:
wakil seorang ~ telah diutus untuk memanggil Pak Amat;
~ Allah
Rasulullah, utusan Allah;

penyuruh
1. orang yang menyuruh;

2. [sastera lama] perbuatan menyuruh.

suruhanjaya

badan yang terdiri daripada beberapa orang (yang dilantik oleh kerajaan dan lain-lain) untuk melakukan tugas tertentu;
~ bebas badan yang ditubuhkan oleh kerajaan atau Parlimen yang dianggotai oleh orang yang bukan pegawai kerajaan;
S~ Diraja badan yang ditubuhkan dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk menyiasat sesuatu perkara, peristiwa dan sebagainya secara bebas tanpa pengaruh pihak atasan;
S~ Perkhidmatan Awam badan yang bertanggungjawab dalam urusan pengambilan, kenaikan pangkat dan sebagainya untuk kakitangan kerajaan;
S~ Perkhidmatan Pendidikan badan yang bertanggungjawab dalam urusan pengambilan, kenaikan pangkat dan sebagainya untuk pegawai pendidikan;
S~ Pilihan Raya badan yang mentadbirkan pilihan raya;
S~ Sekuriti (Ekonomi) badan berkanun yang mengawasi pertumbuhan dan perjalanan pasaran modal di Malaysia.