surealis

1. penulis atau pelukis yang karyanya berunsurkan konsep atau idea surealisme;

2. berfahaman surealisme:
penulis ~.

surealisme

aliran atau gerakan dalam bidang seni dan sastera (dalam 1920-an) yang mementingkan atau memberi tempat kepada unsur-unsur bawah sedar manusia (di luar kenyataan atau realiti).

surealistik

1. berkaitan dengan atau mengikut gaya surealisme:
arca itu bersifat ~ dan mengandungi unsur seni fantasi;

2. di luar alam nyata:
drama yang pertamanya ialah Bukan Lalang Ditiup Angin yang menjadikan latarnya ~.

surgeri

1. cabang (ilmu) perubatan yang berkaitan dengan rawatan penyakit atau kecederaan dengan cara memotong atau membuang sesuatu bahagian (organ, sel dan sebagainya) badan yang berkenaan, ilmu bedah;

2. rawatan kecederaan atau penyakit dengan memotong atau membuang bahagian badan berkenaan:
beberapa jenis ~ dilakukan di dalam bidang obstetrik, pergigian dan urologi.

suri I

sejenis sisir pada alat tenun;
~ teladan contoh yang baik (yang patut ditiru).

suri II

mati ~ kelihatannya sahaja mati (sebenarnya tidak);
air ~ [Minangkabau] air nira yang belum jadi tuak.

suria

= sang ~ matahari:
sinar ~ menerangi sekitar alam;
cakera ~
matahari berserta cakerawala yang beredar mengelilinginya.

surian I

1. sejenis tumbuhan (pokok), Parishia insignis;

2. sejenis tumbuhan (pokok), buah kayu, geronggang semut, kedondong kerut, kerantai (merah), Santiria laevigata;

3. sejenis tumbuhan (pokok), kerantai (merah), kerati, Santiria tomentosa;
~ batu
sejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Meliaceae, cerana putih, repuh, suntang, Chukrassia tabularis.