[sastera lama] suralaya.
suram
1. tidak berapa terang (cahaya dan lain-lain), agak gelap, kurang cahaya, redup (cuaca):
di dalam kamar tidurnya itu hanya lampu tidur sahaja yang hidup, lampu kecil yang ~ cahayanya;
petang yang ~;
2. tidak berkilauan atau bercahaya (barang emas, perak, dan lain-lain), tidak bening (batu permata), buram:
kalau beberapa hari tidak dicucinya, kereta itu kelihatan ~;
3. tidak berseri-seri (muka, mata, dan lain-lain), kusam, kuyu, muram (kerana sedih dan lain-lain):
di ambang pintu terdiri Jenab dengan pakaian serba hitam, rambutnya tidak berdandan, mukanya ~;
matanya ~;
4. kurang seronok (kehidupan dan lain-lain), kurang berbahagia, susah (hati dan lain-lain), sedih:
sesekali guruh menderam di sebelah barat, di hati mereka ~, besok entahkan hujan!;
kehidupan yang ~;
suram-suram;
~ gelap sedikit gelap (sehingga tidak kelihatan nyata), samar-samar, sabur-limbur;
menyuram bertukar menjadi suram, menjadi muram (buram, pudar);
menyuramkan menjadikan suram (buram, pudar, dan lain-lain), memuramkan, memudarkan:
jalan ke rumahnya yang gelap makin ~ pandangannya;
kesuraman perihal suram, kemuraman, kepudaran:
di wajahnya, terbayang kesulitan hidup serta ~ masa hadapan anak-anak itu.
surat I
1. kertas yang ditulis, segala sesuatu yang tertulis (tercetak dan lain-lain):
maka dikeluarkannya dua gulung ~;
juru~ orang yang menulis surat (penulis);
2. = ~ kiriman kertas yang ditulis (mengandungi khabar dan lain-lain) dan dikirim kepada orang lain:
dia baru menerima ~ daripada ayahnya;
peti ~ peti (di tepi jalan, di pejabat pos) tempat mengepos surat;
sampul ~ = sarung ~ selongsong daripada kertas (tempat memasukkan surat yang hendak dikirim);
tukang ~ [Indonesia] tukang pos;
3. sesuatu yang ditulis, tulisan:
dalam zaman itu, belumlah ada seorang pun yang terlebih pandai bahasa dan ~ Cina daripadanya;
~ akuan surat yang ditulis untuk memperakukan sesuatu (seperti barang jualan, kelayakan seseorang, dan sebagainya);
~ anggota [Indonesia] surat tanda ahli sesuatu pertubuhan dan lain-lain;
~ angkatan [Indonesia] surat rasmi untuk menjabat sesuatu jawatan;
~ anonim surat yang tidak diketahui penulisnya;
~ azimat kertas yang bertulis dengan ayat tertentu sebagai tangkal dan lain-lain;
~ bahari ark surat yang mengesahkan penerimaan, resit;
~ beranak = ~ jadi = ~ lahir surat keterangan mengenai kelahiran dan lain-lain;
~ berdaftar surat kiriman yang didaftarkan di pejabat pos (supaya tidak hilang);
~ berhenti
a) surat pengesahan berhenti (dari sekolah) yang diberi oleh guru besar;
b) surat memohon berhenti daripada jawatan;
c) surat dipecat daripada jawatan;
~ belasungkawa surat untuk menyatakan turut berdukacita;
~ buta = ~ gelap = ~ kaling = ~ mentega surat yang tidak diketahui penulisnya (khas untuk mengkritik dan lain-lain);
~ cap surat yang rasmi;
~ cara dokumen undang-undang seperti geran, kontrak, dan sebagainya;
~ cepat [Indonesia] surat (penting) yang mesti disampaikan lekas-lekas;
~ cerai = ~ talak surat yang menyatakan bahawa si isteri telah diceraikan oleh suaminya;
~ dakwa surat yang mengandungi tuduhan yang dibacakan di hadapan hakim;
~ daftar senarai;
~ dinas [Indonesia] = ~ jawatan surat urusan kerajaan (tidak dikenakan bayaran pos);
~ doktor surat pengesahan daripada doktor (menyatakan seseorang itu uzur dan tidak dapat bekerja);
~ edaran = ~ keliling = ~ pekeliling surat yang diedarkan (untuk pengetahuan umum);
~ gadai
a) surat tanda meminjam wang dengan menggadaikan barang;
b) [Indonesia] surat penetapan cukai;
c) [Indonesia] surat izin (senjata api dan lain-lain);
~ hasrat (Ekonomi) surat yang menyatakan keinginan seseorang atau sesuatu pihak untuk melaksanakan kontrak, projek dan sebagainya;
~ hutang surat pengakuan telah meminjam wang daripada orang;
~ ikatan (Ekonomi) dokumen yang sah bagi perjanjian atau persetujuan antara pihak yang terlibat;
~ insurans surat perjanjian mengenai insurans, polisi;
~ iringan surat penjelasan yang dihantar bersama-sama dengan dokumen, barang dan sebagainya;
~ isian [Indonesia] surat yang harus diisi, borang;
~ izin = ~ kebenaran surat yang menyatakan bahawa pemegangnya diberi izin atau kebenaran untuk melakukan (memiliki) sesuatu;
~ jaminan surat untuk menjamin sesuatu (kelakuan baik orang dan lain-lain);
~ jemputan = ~ undangan surat untuk menjemput orang datang (ke majlis perkahwinan dan lain-lain);
~ kahwin = ~ nikah surat pengesahan perkahwinan;
~ kawat telegram;
~ keberatan [Indonesia] surat yang menyatakan berkeberatan;
~ kenalan surat untuk memperkenalkan seseorang dan lain-lain;
~ kepercayaan [Indonesia] surat yang menyatakan bahawa pemegang surat itu telah dilantik menjadi wakil dan lain-lain;
~ keterangan surat yang memberi keterangan berkenaan sesuatu;
~ kiriman surat yang dikirimkan dengan pos;
~ kredit (Ekonomi) dokumen daripada sebuah bank kepada bank lain yang membenarkan pembayaran dibuat kepada penamanya apabila syarat telah dipenuhi, biasanya diperlukan oleh pengeksport sebagai bukti kemampuan pengimport membayar beliannya;
~ kuasa surat yang memberi kuasa kepada orang tertentu untuk mengurus sesuatu;
~ layang = ~ terbang surat yang tidak diketahui penulisnya (biasanya surat yang mengecam, menyebarkan berita buruk atau berita palsu, dan lain-lain);
~ lepas
a) surat cerai;
b) surat yang menyatakan sudah diberhentikan daripada jawatan;
~ mati surat keterangan tentang kematian;
~ nujum surat yang mengandungi hal bintang raksi (bintang dua belas);
~ paksa [Indonesia] surat amaran yang diberikan kepada orang yang tidak membayar cukai;
~ partikelir [Indonesia] surat yang bukan surat urusan kerajaan (bukan surat jawatan);
~ pas surat yang mengizinkan pembawanya lalu (membawa sesuatu dan lain-lain);
~ pelekat surat iklan dan lain-lain yang ditampalkan di mana-mana;
~ pemberitahuan surat untuk memberitahukan sesuatu kepada orang;
~ pemilih = ~ suara [Indonesia] surat untuk memilih (wakil rakyat dan lain-lain);
~ pengantar [Indonesia] surat yang dikirim bersama barang yang dihantar;
~ perintah = ~ tugas [Indonesia] surat yang menerangkan bahawa pembawanya ditugaskan (diperintahkan) untuk melakukan sesuatu;
~ perjanjian surat yang menyatakan perjanjian yang telah dibuat;
~ permintaan = ~ permohonan
a) surat untuk meminta sesuatu daripada pembesar dan lain-lain;
b) surat untuk melamar pekerjaan;
~ pujian = ~ puji-pujian
a) surat yang menyatakan kebaikan sesuatu;
b) surat yang mengandungi puji-pujian terhadap jasa orang dan lain-lain;
~ rantai = ~ berantai surat yang dikirimkan kepada orang dan mesti disalin dan dikirimkan pula kepada orang lain;
~ rayuan surat yang mengandungi rayuan (supaya diringankan hukuman, diperkenankan permohonan, dan lain-lain) kepada pembesar-pembesar dan lain-lain;
~ salinan surat yang disalin dari surat asal;
~ saman = ~ sita surat yang mewajibkan orang hadir di muka hakim (di mahkamah);
~ sebaran = ~ selebaran surat yang dibahagi-bahagikan kepada orang ramai (mengandungi pengumuman untuk orang ramai dan lain-lain);
~ segel [Indonesia] surat yang bercap (untuk perjanjian dan lain-lain);
~ sembah [sastera lama] surat tanda tunduk (kpada raja lain);
~ sumpah
a) surat pengganti surat beranak yang hilang (dikeluarkan oleh kerajaan);
b) surat ikrar atau janji yang teguh;
~ syer surat yang menandakan seseorang memiliki syer (dalam sesuatu syarikat perdagangan dan lain-lain);
~ tanda surat bukti atau pengakuan (resit, sijil, dan lain-lain);
~ tempelan [Indonesia] surat pelekat;
~ terbuka
a) surat yang tidak dimasukkan ke dalam sampul surat;
b) surat kepada orang tertentu yang disiarkan di dalam akhbar dan lain-lain (sebagai menyatakan bantahan dan lain-lain);
~ tercatat = ~ terdaftar [Indonesia] surat berdaftar;
~ titah surat yang mengandungi titah raja;
~ tuduhan surat yang mengandungi tuduhan;
~ tukar nama surat yang mengesahkan pertukaran milik (tanah, syer, dan lain-lain);
~ ugutan surat yang mengugut atau mengancam;
~ ukur [Indonesia] surat yang mengandungi pelan tanah serta pelan rumahnya sekali;
~ uleman [Indonesia] surat jemputan;
~ undi (undian)
a) surat yang berisi nombor untuk mengundi;
b) tiket loteri;
~ wakil surat yang membenarkan pembawanya bertindak sebagai ganti orang yang mengeluarkan surat itu;
~ wasiat surat yang mengandungi pesanan orang yang meninggal;
~ atas batu (peribahasa) sesuatu adat yang terus dipakai selama-lamanya;
bersurat
1. memakai surat;
para jemputan yang tidak ~ para jemputan yang dijemput dengan mulut (tidak dengan surat);
2. ditulis, bertulis;
batu ~ prasasti;
menyurat
1. membuat surat:
ia pun mengambil upah ~;
2. menulis:
kerjanya ~;
sebagai ~ di atas air (peribahasa) pekerjaan yang sia-sia;
surat-menyurat
1. saling berkirim surat, berkirim-kiriman surat:
selepas banyak ~ antara London, Calcutta dan Singapura, Tengku Ali pun diberi wang sara;
2. perihal tulis-menulis surat, karang-mengarang surat;
kerani ~ kerani yang mengurus hal surat (di pejabat dan lain-lain);
menyurati
1. menulis pada, menulisi;
2. menulis (mengirim) surat kepada;
menyuratkan
1. menulis untuk:
suratkan hamba cerita ini;
2. menulis sesuatu pada:
dirham itu disuratkan nama Raja Iskandar; 3. menulis, mencatatkan:
dan hutang hamba suratkan saja dahulu, nanti diselesaikan semuanya;
tersurat
1. telah ditulis, tertulis, tercatat:
pembaca tidak tahu akan maksud yang ~ itu;
2. telah ditakdirkan:
kalau gerak takdir telah ~, entah hilang anakanda di laut lepas;
suratan
1. sesuatu yang disurat, tulisan:
apabila aku lihat akan ~ kitab itu, hairan besarlah aku, sebab belum pernah aku melihat surat Melayu yang dibubuh cap;
2. = ~ takdir sesuatu yang telah ditetapkan oleh Tuhan, nasib, takdir, untung malang:
ia datang ke mari bukan kerana hatinya, tetapi kerana nasibnya dan ~;
~ tangan
a) garis-garis (retak) pada tapak tangan;
b) suratan takdir;
persuratan perihal tulis-menulis, kepustakaan, kesusasteraan, perpustakaan:
cerita Siti Zubaidah dan Perang China ini telah lama tersiar di dalam ~ Melayu.
surat II
[arkaik] bahagian (bab) dalam Quran;
surah.
surat khabar
kertas bercetak yang menyiarkan berita dan lain-lain (umumnya diterbitkan hari-hari), harian;
persuratkhabaran perihal surat khabar, kewartawanan.
surati
dari kota Surate (di India);
itik ~ sejenis itik, itik nila (manila), Anas moschata;
serati II
surau
tempat beribadat (sembahyang, belajar agama, dan lain-lain), langgar, madrasah;
bagai bertandang ke ~ (peribahasa) perihal bertandang ke rumah orang yang tidak memberi apa-apa kepada tetamunya, tidak mendapat apa-apa.
suraya
bintang ~ bintang ketika, bintang tujuh.
surcaj
(Ekonomi) bayaran tambahan sebagai cukai atau denda yang dikenakan di samping bayaran atau harga biasa.
surd
(Matematik) angka orakan yang tidak boleh dihitung dengan angka genap (hanya lebih kurang sahaja, seperti 11, 5, dan lain-lain).