superordinat

1. (Linguistik) perkataan yang maknanya merangkumi makna perkataan(-perkataan) lain, misalnya bunga ialah superordinat bagi melur, mawar dan orkid;

2. berkedudukan atau berkeadaan lebih tinggi atau besar (berkuasa, berpengaruh dan sebagainya):
masyarakat kapitalis, terbahagi kepada dua kelompok atau kelas, iaitu kelompok dominan atau ~, dan kelompok subordinat.

superskrip

aksara (angka, huruf, pecahan, atau simbol) yang dicetak ke suatu sisi aksara lain, dengan kedudukan yang ke atas sedikit (mis dalam Y2, 2 ialah superskrip).

superstruktur

1. struktur atau binaan yang dibina di atas bahagian utama sesuatu bangunan;

2. (Layar) bahagian atas geladak utama kapal.

supir

[Indonesia] pemandu kereta;
~ beca pengayuh beca;

menyupir memandu kereta.

suplemen

[Indonesia-Belanda]

1. sesuatu yang ditambah kemudian (pada buku dan lain-lain), tambahan, pelengkap;

2. sesuatu yang dijadikan tambahan (pada akhbar, majalah, dan lain-lain), tambahan istimewa, lampiran.

supositori

(Perubatan) ubat pejal berbentuk silinder atau kon yang dimasukkan ke dalam dubur atau faraj supaya larut dan melepaskan bahan aktifnya.

supra-

awalan asing melebihi atau melewati sesuatu batas, sempadan dan sebagainya, melampaui, melangkaui, misalnya supranasional.