suntik

1. pemasukan ubat ke dalam badan dengan menggunakan jarum, cucuk:
~ untuk mencegah penyakit;
jarum ~
jarum yang digunakan untuk memasukkan ubat ke dalam badan;
ubat ~ ubat yang dimasukkan ke dalam badan dengan jarum;

2. tanam cacar;

menyuntik
1. mengorek keluar (duri dari dalam kulit dan lain-lain) dengan jarum, mencungkil, mencucuk;

2. mengukir dengan benda tajam (pada logam dan lain-lain);

3. memasukkan ubat ke dalam badan dengan jarum:
kemudian jururawat memanggil doktor, doktor datang ~nya;

4. = ~ cacar memasukkan benih penyakit cacar ke dalam badan (untuk mencegah penyakit cacar), menanam cacar;

5. [bahasa percakapan] mengapi-apikan, mengacum, menghasut:
mereka akan disuntik dengan fikiran-fikiran anti-Barat;

6. memberikan, menyediakan;

menyuntikkan memasukkan (ubat, cairan, dan lain-lain) ke dalam badan dengan jarum:
~ serum;

suntikan
1. pemasukan ubat ke dalam badan dengan jarum, cucuk:
jururawat datang lagi memberi ubat dan ~;

2. penanaman cacar;

3. [bahasa percakapan] hasutan;

penyuntikan perihal menyuntik:
memasukkan ubat ke dalam tubuh dengan jalan ~ tidak membatalkan puasa;

penyuntik alat untuk menyuntik:
jarum ~.

sunting

perhiasan berupa bunga dan lain-lain yang dicucukkan di rambut atau di belakang telinga:
di kepalanya terhias ~ emas;
~ hati
ki anak kesayangan;
~ malai sejenis perhiasan rambut yang dipakai di belakang telinga;

bersunting, bersuntingkan memakai sunting (daripada bunga dan lain-lain);

menyunting
1. memetik bunga (untuk dijadikan sunting dan lain-lain):
ia bermain di taman ramai sambil ~ bunga hati, memetik kembang murni;

2. memperkemas dan menyiapkan karangan (makalah dan lain-lain) untuk dicetak;

3. menyusun filem dan lain-lain (sebelum ditayangkan);

menyuntingkan
1. meletakkan bunga dan lain-lain di kepala atau di belakang telinga (sebagai perhiasan), memakai sunting (daripada bunga dan lain-lain):
ia ~ bunga mawar di sanggulnya;

2. memasukkan kata pendahuluan dan lain-lain (dalam buku dan lain-lain), mencantumkan;

mempersunting
1. memakai bunga dan lain-lain sebagai sunting, menyuntingkan:
bunga dipersunting sudahnya akan layu;

2. mengambil gadis untuk dijadikan isteri, memperisteri:
timbullah keinginan dalam dadanya untuk ~ gadis itu;

3. [arkaik] mendapat sesuatu yang berguna;

suntingan
1. sesuatu yang disunting (bunga dan lain-lain);

2. pembetulan atau pembaikan karangan (buku, makalah, dan lain-lain);

penyuntingan perbuatan menyunting (buku, makalah, dan lain-lain);

penyunting orang yang menyunting (karangan, filem, dan lain-lain).

suntuk

1. sampai hadnya, telah habis waktunya (tempohnya), terlambat, terlewat:
sia-sia sahajalah kalau ia singgah, tambahan pula masa telah ~, hampir pukul lima;
tua ~
tidak mengaku dirinya tua;

2. selama, sepanjang, seluruh (hari, malam, dan lain-lain);
sehari ~ sepanjang hari;
semalam ~ sepanjang malam;

3. [Minangkabau] tidak panjang, pendek, picik, singkat;
~ akal pendek (singkat) akalnya;
fikirannya ~ cetek pengetahuannya;

tersuntuk tidak dapat bergerak (maju dan lain-lain) lagi, terhalang, tertahan, tertumbuk atau tersundak kepada;

kesuntukan perihal suntuk, kehabisan, kekurangan (wang dan lain-lain), kesempitan.

sunyata

[Jawa];

kesunyataan kenyataan (dalam agama atau ilmu tasawuf);
alam ~ alam mistik (suluk, tasawuf);
ilmu ~ ilmu tasawuf (suluk).

sunyi

1. tidak kedengaran sebarang bunyi (suara), hening, senyap:
suasana menjadi ~, masing-masing membisu;
~ senyap
sangat sunyi;

2. tidak berorang, kosong, lengang, sepi:
dari jauh dilihatnya rumah itu ~ sepi;
negeri itu ~;
pasar sudah mulai ~;

3. bebas daripada, jauh (dr), lepas daripada:
manusia di dalam dunia ini tidak ~ daripada tamak dan haloba;
bahasa Melayu telah diajarkan dan dipelajari dengan lebih ghairah walaupun tidak ~ daripada masalah;
tiada ~nya
= tiada ~-~nya tiada putus-putus, selalu, sentiasa;

4. [Pahang] rindu (akan);

bersunyi, bersunyi-sunyi menjauhkan diri daripada orang ramai, mengasingkan diri, menyendiri:
sengaja mereka pilih itu kerana mereka hendak ~-sunyi dan boleh berlama-lama di situ;

menyunyi [arkaik] menjadi sunyi (senyap, sepi);

kesunyian
1. perihal sunyi, keheningan, kelengangan, kesenyapan, kesepian:
bunyi air yang mencurah dari cucuran atap menimpa daun-daun kering kedengaran membelah ~ malam;

2. berasa sunyi (kerana keseorangan dan lain-lain):
segala yang berlaku di sekelilingnya ketika itu tidaklah dapat menarik hatinya, ia ~, ia keseorangan.

sup

sejenis masakan yang banyak kuahnya (dibuat daripada ramuan-ramuan tertentu seperti daging, ikan, sayur, dan sebagainya):
~ ayam;
~ kambing.

supaya

kata perangkai yang menerangkan maksud ayat sebelumnya, agar, hendaknya:
ia berpesan ~ kami pandai-pandai membawa untung;
makan ~ kenyang;
~ jangan
janganlah hendaknya.

super-

awalan asing lebih baik, lebih bermutu, lebih berkuasa dan sebagainya, misalnya superkomputer dan supersonik.