(Psikologi) bahagian fikiran bawah sedar yang sentiasa menyedarkan kita tentang kebaikan atau keburukan sesuatu, dan yang membuatkan kita terasa bersalah sekiranya kita melakukan sesuatu kesalahan.
superfisial
tidak mendalam, hanya pada permukaan, cetek:
penulis-penulis itu menuduh bahawa akhbar popular tidak serius dalam pendekatannya, sebaliknya hanya menyentuh isu-isu ~ dan menimbulkan gambaran palsu tentang keadaan yang sebenarnya.
superfosfat
baja yang dihasilkan secara mengolah batuan fosfat dengan asid fosforik atau asid sulfurik.
superintenden
~ polis jawatan pegawai dalam pasukan polis tiga tingkat lebih tinggi daripada jawatan inspektor.
superior
1. lebih tinggi (atau baik) mutu, darjat, taraf kedudukan, dan sebagainya, unggul;
2. lebih tinggi letaknya atau kedudukan sesuatu;
3. pegawai yang lebih tinggi taraf jawatannya, pegawai atasan.
superioritas
[Indonesia-Belanda] superioriti.
superioriti
kedudukan taraf, darjat, dan sebagainya yang lebih tinggi.
superkomputer
(Komputer) sistem komputer kerangka utama yang paling besar, paling berkuasa dan paling laju.
superlatif
(Linguistik) bentuk kata yang menggambarkan yang paling atau ter-, darjah (tingkatan) yang tertinggi.
supernova
(Ast) bintang yang menjadi sangat terang disebabkan berlakunya ledakan yang menghamburkan jisimnya.