sungkit

menyungkit
1. mencungkil, mengungkit, mengumpil:
pekerja itu ~ batang pokok yang tumbang;

2. menguis bola ke atas dengan pantas menggunakan kaki dalam bola sepak atau pemukul dalam hoki dan sebagainya:
pemain itu ~ bola dari sebelah kanan pintu gol;

sungkitan perihal (perbuatan atau hasil) menyungkit:
beliau juga memegang tugas tetapnya selaku penyudah pukulan sudut penalti negara menerusi gaya ~.

sungkuk

[arkaik];

tersungkuk, tersungkuk-sungkuk menunduk dengan melengkungkan belakang, membongkok-bongkok.

sungkum

[arkaik];

menyungkum meniarap dengan muka mencecah atau kena pada tanah dan lain-lain, menekapkan muka pada (ribaan ibu dan lain-lain);
~ tanah sujud;

tersungkum tersembam (muka ke tanah dan lain-lain).

sungkup

= penyungkup sesuatu (barang yang berongga di dalamnya seperti tudung saji dan lain-lain) yang digunakan untuk menutup, tudung;

bersungkup ditutup dengan sungkup, bertudung:
nasi yang telah lama dihidangkan di meja makan masih ~ dengan tudung saji;

menyungkup, menyungkupi menutup dengan sungkup, menudung, menutup:
~ makanan dengan tudung saji;

menyungkupkan menutupkan sesuatu pada, menudungkan;

tersungkup tertutup dengan sungkup dan lain-lain, tertudung;

sungkupan sejenis bakul untuk menyungkup pakaian (yang dikeringkan dan lain-lain).

sungkur I

~-sangkar tertiarap (dengan tangan dan kaki terdepang);
~ sembam tersembam (muka mencium tanah);
sang ~ babi (yang merosakkan tanaman);

bersungkuran tersembam (jatuh dan sebagainya) dengan kepala tertunduk rendah-rendah:
sekalian rakyat tentera menghadap baginda sujud kepalanya masing-masing lalu ke tanah ~;

menyungkur
1. menundukkan kepala rendah-rendah (seperti kerbau hendak berlaga dan lain-lain):
budak itu ~ di hadapannya meminta ampun;

2. menggali-gali tanah dan lain-lain dengan muncung (babi dan lain-lain):
mereka ~ tanah dengan hidungnya mencari akar untuk dimakan;

tersungkur jatuh dan mukanya terkena tanah, jatuh tersembam, jatuh tertiarap:
dengan sekali panah, kijang itu pun ~lah lalu mati;

sungkuran nyiur ~ nyiur yang masih muda (boleh dicungkil isinya).

sungkur II

[Minangkabau] alat untuk mencedok atau menggali tanah dan lain-lain, penyodok (tanah dan lain-lain), skop;

menyungkur menyodok tanah dan lain-lain dengan sungkur.

sungu II

[Minangkabau] muncung yang panjang, jongor;
~ badak cula (sumbu) badak;
singkat ~ [kiasan] lekas marah, pemarah.

sungul

~ hutan sejenis tumbuhan (pokok), kedondong bulan, kedondong pasir, kerat telunjuk, tiup, Canarium rufum.