sungkit.
sungguh
1. tidak bohong, tidak lancung, benar, betul:
~ demikianlah yang sebenar-benarnya kejadian;
2. = ~ hati = sungguh-sungguh tidak main-main, dengan segenap hati, dengan tekun:
kelemahan inilah yang harus diketahui, yang harus dicari sungguh-sungguh jika ia mahu berjaya;
3. amat, sangat, terlalu:
bising ~ bunyi kedua-duanya bertengkar;
letih ~ rasa badan saya;
4. memang, sebenarnya, sebetulnya:
~ ada bapamu meninggalkan engkau emas;
sesungguhnya
1. bahawasanya, sebenarnya, sebetulnya:
~ dua hari yang telah lalu, laki-laki perempuan banyak datang menemui dia;
2. memang (begitu), sememangnya:
~ hari telah rembang petang, matahari sudah condong benar ke barat;
bersungguh-sungguh (berusaha, bekerja) dengan segenap hati, dengan penuh minat, tidak main-main:
apakah pengakuannya itu satu pengakuan yang dibuat ~ atau kerana paksaan?
menyungguhi, menyungguh-nyungguhi, mempersungguhi [Minangkabau] mengerjakan sesuatu dengan sungguh-sungguh (tidak main-main, dengan sedaya upaya):
maka diangkat tiada terangkat, maka disungguhi, terangkat sehingga lutut;
menyungguhkan
1. mengakui, membenarkan, mengesahkan:
sekalian yang mendengar itu ~;
2. = mempersungguhkan mengusahakan benar-benar (dengan segenap hati):
segala amalan mengutamakan penggunaan bahasa Kebangsaan akan dimajukan terus, bahkan mustahak dipersungguhkan lagi;
3. = ~ diri menjaga diri supaya selamat (daripada musuh dan lain-lain);
kesungguhan perihal (sikap dan sebagainya) sungguh-sungguh, kebulatan hati, minat serta ketekunan (melakukan sesuatu), ketulusan:
ia mendengarnya dengan penuh ~;
satu persoalan yang dapat kita lihat amat relevan sekarang ialah ketegasan dan ~ kerajaan dalam usahanya melaksanakan penggunaan bahasa Melayu;
penyungguhan perihal menyungguhkan (membenarkan, mengiakan), pembenaran, pengesahan.
sungguhpun
meskipun, kendati, walaupun:
~ tidak dipelawa masuk, orang itu naik juga.
sungkah
[Minangkabau];
menyungkah, menyungkahkan memakan hingga habis, memakan dengan rakus.
sungkai I
sejenis tumbuhan (pokok yang daunnya dibuat ubat sakit gigi), Peronema canescens.
sungkai II
[Brunei]
1. berbuka puasa;
2. tidak berpuasa.
sungkal
~ bajak mata bajak, nayam;
menyungkal membalikkan tanah dengan sungkal bajak, membajak, menenggala.
sungkan
[Jawa] tidak mahu (mengerjakan sesuatu), enggan, segan.
sungkap
tersungkap tidak melekat lagi (kertas yang ditampal ke dinding dan lain-lain), terlepas, tertanggal.
sungkawa
[Jawa] sedih hati, susah hati, gundah;
bersungkawa bersedih hati, berdukacita, berkabung;
belasungkawa.