sunat II

= ~ rasul khatan;
tukang ~ orang yang mengkhatankan, bengkong, mudim;

bersunat = ~ rasul dikhatankan, masuk Jawi, bersuci:
kata kawan-kawannya yang telah ~ di rumah sakit, doktor pakai ubat pelali dan tentunya tidak tera

sunbulat

[Arab] nama segugusan bintang (Virgo). sundae aiskrim yang di atasnya dibubuhi sos manis, kacang, krim putih dan sebagainya.

sundak I

[Minangkabau];

menyundak
1. = tersundak terhantuk (terlanggar, tertumbuk) pada, membentur, menyondol:
ia bangkit berdiri, hampir-hampir tersundak pada lampu gantung;

2. naik (air), pasang:
kolek itu tidak dapat dilajukan sangat kerana pasang sudah ~ .

sundal I

1. tidak elok kelakuannya (berkenaan (dengan) perempuan), jahat, lacur:
kau memang gatal, ~;

2. perempuan lacur, perempuan jalang;
~ bolong sejenis hantu puntianak, langsuir;

bersundal, menyundal menjadi sundal (berkenaan (dengan) perempuan), menjadi pelacur, melacur;

mempersundalkan menyebabkan atau memaksa (seseorang) menjadi sundal atau perempuan lacur;

persundalan perihal bersundal (menyundal), pelacuran.

sundal II

~ malam sejenis tumbuhan (herba yang berbunga), kerak nasi, sandar malam, sedap malam, siku dangan (dengan), Polianthes tuberosa.

sundang

1. = keris ~ sejenis keris yang lebar bilahnya seperti bilah pedang;

2. [Johor] senjata.