~ bulan = ~ kering sejenis tumbuhan (herba), penggahir, penggeheh, penggeli, sagut, Aglaonema angustifolium.
sumsum
isi dalam tulang panjang yang berwarna merah kehitaman, tulang hitam, benak;
meresapi tulang ~ = sampai ke tulang ~ ki mendalam sekali (rasa sejuk dan lain-lain);
bubur ~ sejenis bubur yang diperbuat daripada tepung beras.
sumur
perigi, telaga:
mandi di ~;
~ bor [Indonesia] sejenis perigi yang airnya memancut dari tanah (tidak perlu dipam ke atas);
~ buta = ~ mati perigi yang telah kering (tidak dipakai lagi);
~ minyak telaga minyak;
~ pantik [Jakarta] pancuran air yang dibuat dengan memasukkan paip ke dalam tanah;
~ digali air terbit (peribahasa) hasil yang didapati lebih daripada yang diharap-harapkan;
~ (di) tepi jalan (peribahasa) perempuan yang tidak senonoh kelakuannya (perempuan lacur);
bagai ~ (di) tepi rawa = bagai bersumur (di) tepi rawa (peribahasa) orang yang selalu cemburu.
sumurung
[arkaik] melebihi yang lain (kedudukan, pangkat, dan lain-lain), terutama (terbaik), unggul.
sun
C;
tembakau ~ sejenis tembakau yang baik.
sunah
[Arab] peraturan atau adat yang berdasarkan perbuatan dan perkataan Nabi Muhammad SAW yang digalakkan amalannya;
Ahli S~ Waljamaah golongan yang berpegang teguh pada perbuatan dan perkataan Nabi Muhammad SAW.
sunai
~ laut sejenis tumbuhan (herba), bunga butang, seremai, serenah laut, serunai (laut), Wedelia biflora.
sunam
menyunam terbang (terjun dan lain-lain) ke bawah dengan kepala dahulu, menjunam, menukik;
menyunamkan menggerakkan dan lain-lain ke arah bawah, menjunamkan, menukikkan.
sunan
[Jawa] raja (di Solo dan lain-lain);
kesunanan daerah kekuasaan sunan.
sunat I
hukum menggalakkan sesuatu perbuatan (dalam Islam) yang menjanjikan ganjaran pahala jika dilakukan dan tidak berdosa jika ditinggalkan:
berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis atau pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat hukumnya ~;
puasa ~ puasa yang tidak diwajibkan (mis puasa enam dalam bulan Syawal dan lain-lain);
sembahyang ~ sembahyang yang tidak diwajibkan (selain sembahyang lima waktu);
disunatkan dianjurkan mengerjakan sesuatu (tidak diwajibkan):
sebelum ihram, ~ mandi dan sembahyang ihram dua rakaat.