[Jawa] (lidi dan lain-lain) pencucuk sate.
suji I
= sujian sejenis jahitan (untuk membuat bunga pada kain), sulam, tekat;
bersuji yang disuji, bersulam, bertekat;
menyuji menyulam, menekat:
dalam keagungan kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15 Masihi, teknik menyulam atau ~ benang emas telah dihasilkan oleh tukang tempatan untuk hiasan peterana dan pakaian raja.
suji II
sejenis tepung yang kasar.
suji III
1. sejenis ikan laut, Tetrapferus brevirostris;
2. sejenis ikan laut, Makaira indica.
sujud
[Arab]
1. berlutut sambil meletakkan dahi ke lantai dalam sembahyang dan lain-lain:
perbuatan rukuk dan ~ itu merupakan penghormatan daripada seorang hamba kepada Allah;
2. = sembah ~ memberi hormat dengan bertelut sambil menundukkan kepala ke tanah (kpada raja, orang yang ditakuti, dan lain-lain):
ia ~ pada kaki baginda dengan takutnya;
3. [kiasan] menghormati akan, patuh kepada:
habis, dia tak ~ pada agama Islam sebelum mati?;
~ sahwi sujud sebanyak dua kali yang sunat dilakukan selepas tahiyat akhir sebelum salam kerana terlupa melakukan perbuatan seperti membaca doa qunut, tahiyat awal dan ragu tentang bilangan rakaat;
bersujud melakukan sujud:
ingin ia cepat-cepat ~ menyembah di hadapannya;
tersujud duduk membongkok seperti bersujud.
suka
1. perasaan girang dalam hati:
maka sangatlah sukacitanya ia serta ditunjukkannya ~nya itu;
2. girang hati, senang hati:
semua orang ~ melihat mereka berbahagia;
3. mahu (mengerjakan sesuatu), rela, sudi:
aku boleh menutup kedaiku kalau aku ~;
4. gemar akan:
orang di sini tidak ~ memakan daging;
5. setuju (dengan), cocok, sesuai:
ayahku tidak ~ duduk di sini;
6. kehendak (kemahuan) hati:
mahu tak mahu dimasukkan sahaja beras seberapa ~ dan ditaruh air;
7. menaruh kasih (kepada), cinta (akan), sayang (akan):
dia tidak ~ pada budak-budak;
8. berkenan akan, mahu akan:
aku tak ~ engkau mengganggu mereka;
9. mudah sekali, kerap kali, selalu, sering kali:
kereta ini ~ rosak;~ hati a) girang (senang) hati, sukacita;
b) kehendak (kemahuan) hati;
~ ramai (yang) digemari ramai, popular:
lagu-lagu (majalah-majalah) ~ ramai;
~ duka kegembiraan dan kesedihan;
sesuka = ~ hati =
suka ria
riang gembira, girang hati, suka hati;
bersuka ria bersuka-suka, bergembira, bergirang-girang:
orang ramai juga turut ~.
sukacita
senang hati, suka hati, kegembiraan, kegirangan:
kanak-kanak yang pandai akan berasa ~;
mereka dengan ~ mengambil peluang ini;
bersukacita bergirang (bersenang) hati, beriang hati, bergembira:
sampaikan aku ke karang cinta, di sanalah tempat ~;
menyukacitakan menyebabkan jadi sukacita, menjadikan sukacita, menggirangkan, menggembirakan:
Rasulullah sentiasa mencari jalan yang ~nya.
sukai
sejenis tumbuhan (pokok), medang air (hitam, keladi, lebar daun, sangkak), Nothaphoebe panduriformis.
sukamandi
[Jakarta] sejenis kain belacu (berwarna hitam dan lain-lain).