panas sejuknya sesuatu benda (badan, hawa, dan lain-lain);
~ bilik suhu normal dalam sesebuah bilik, biasanya pada sekitar 200C.
suhuf
[Arab] (jamak bagi sahifah)
1. kitab suci (yang diturunkan oleh Tuhan kepada beberapa orang rasul);
2. lembaran yang bertulis, halaman (buku);
sahifah.
suhun
sekar ~ sejenis kalung emas.
sui generis
(Latin) tersendiri, unggul:
Durkheim menegaskan bahawa fakta sosial adalah ~;
suing
[bahasa percakapan] memukul (dengan menghayunkan tangan), menumbuk.
suir I
langsuir.
suir II
[bahasa percakapan] sial, celaka, sueh.
suis
alat penghubung atau pemutus litar elektrik, alat (yang dipetik) untuk menyalakan atau memadamkan lampu elektrik;
~ lampu pemetik lampu;
pensuisan proses atau kaedah memasang suis sesuatu:
litar ~.
suit
bunyi seperti bunyi wisel (orang bersiul dan lain-lain);
bersuit mengadakan bunyi seperti wisel, bersiul;
suitan siulan.
sujana
[sastera lama] orang yang baik budi (bijaksana, mulia, pandai).