suka

1. perasaan girang dalam hati:
maka sangatlah sukacitanya ia serta ditunjukkannya ~nya itu;

2. girang hati, senang hati:
semua orang ~ melihat mereka berbahagia;

3. mahu (mengerjakan sesuatu), rela, sudi:
aku boleh menutup kedaiku kalau aku ~;

4. gemar akan:
orang di sini tidak ~ memakan daging;

5. setuju (dengan), cocok, sesuai:
ayahku tidak ~ duduk di sini;

6. kehendak (kemahuan) hati:
mahu tak mahu dimasukkan sahaja beras seberapa ~ dan ditaruh air;

7. menaruh kasih (kepada), cinta (akan), sayang (akan):
dia tidak ~ pada budak-budak;

8. berkenan akan, mahu akan:
aku tak ~ engkau mengganggu mereka;

9. mudah sekali, kerap kali, selalu, sering kali:
kereta ini ~ rosak;~ hati a) girang (senang) hati, sukacita;
b) kehendak (kemahuan) hati;
~ ramai (yang) digemari ramai, popular:
lagu-lagu (majalah-majalah) ~ ramai;
~ duka
kegembiraan dan kesedihan;

sesuka = ~ hati =

berkongsi