sujud

[Arab]

1. berlutut sambil meletakkan dahi ke lantai dalam sembahyang dan lain-lain:
perbuatan rukuk dan ~ itu merupakan penghormatan daripada seorang hamba kepada Allah;

2. = sembah ~ memberi hormat dengan bertelut sambil menundukkan kepala ke tanah (kpada raja, orang yang ditakuti, dan lain-lain):
ia ~ pada kaki baginda dengan takutnya;

3. [kiasan] menghormati akan, patuh kepada:
habis, dia tak ~ pada agama Islam sebelum mati?;
~ sahwi
sujud sebanyak dua kali yang sunat dilakukan selepas tahiyat akhir sebelum salam kerana terlupa melakukan perbuatan seperti membaca doa qunut, tahiyat awal dan ragu tentang bilangan rakaat;

bersujud melakukan sujud:
ingin ia cepat-cepat ~ menyembah di hadapannya;

tersujud duduk membongkok seperti bersujud.

berkongsi