slogan

kata-kata keramat yang dijadikan pegangan (panduan, dan lain-lain) sesuatu organisasi (kempen dan sebagainya), cogan kata, kata semboyan:
beramai-ramailah mereka tumpang sama meneriakkan ~, meneriakkan merdeka;

berslogankan menggunakan (sesuatu) sebagai slogan:
pertubuhan itu ~Seni Untuk Seni.

slot

ruang waktu yang diperuntukkan oleh media massa untuk membolehkan sesuatu maklumat (berita, dan lain-lain) disiarkan:
~ berita telah diperkenalkan oleh TV3 sejak tarikh penubuhannya.

Sm simbol kimia bagi samarium.

SMK

[kependekan] Seri Mahkota Kelantan (pingat yang dianugerahkan oleh Sultan Kelantan kepada rakyat yang berjasa kepada negeri).

SMN

[kependekan] Seri Maharaja Mangku Negara (pingat kelas satu dalam Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara, pemegangnya bergelar Tun dan isterinya Toh Puan).

smokel

[Indonesia], [bahasa percakapan] pemasukan barang-barang secara gelap, penyeludupan;

dismokel diseludupkan (barang-barang).

smoking

sejenis perhiasan pada pakaian dengan mengeduntukan kain (dan dimatikan kedut itu dengan jahitan).