berita penting atau eksklusif yang diterbitkan atau disiarkan lebih awal oleh sesebuah akhbar atau televisyen sebelum disiarkan oleh mana-mana akhbar atau televisyen lain.
skurvi
(Perubatan) penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin C dalam makanan (ditandai oleh gusi bengkak dan berdarah, perdarahan di bawah kulit, dan lain-lain).
skuter
sejenis kenderaan seperti motosikal (yang rodanya lebih kecil).
slaid
1. kepingan kaca yang kecil untuk memeriksa spesimen di bawah mikroskop, sisip kaca;
2. gambar pada kepingan seluloid yang lut sinar (ditayangkan pada skrin atau layar).
slalom
1. perlumbaan ski yang melalui laluan yang bengkang-bengkok serta pelbagai halangan yang sukar;
2. perlumbaan yang serupa, misalnya dengan menaiki kayak.
slander
(Undang-undang) kenyataan secara lisan yang tidak benar, biasanya bertujuan untuk memburuk-burukkan atau merosakkan nama baik seseorang.
slang
[Indonesia-Belanda] pembuluh yang diperbuat daripada getah.
slanga
kata-kata (ungkapan dan sebagainya) yang tidak tergolong dalam bahasa baku (biasa digunakan dalam percakapan tidak rasmi).
slek
seluar panjang kasual yang dipakai oleh orang lelaki dan perempuan. slendro (slndro) nada muzik gamelan Jawa.
slip
kepingan kertas yang kecil panjang:
elakkan menampal ~ pindaan pada manuskrip;
~ gaji;
~ gaji kertas yang mengandungi butiran gaji bulanan, termasuk elaun, potongan gaji dan sebagainya.