skop I

[Indonesia-Belanda] penyodok tanah (pasir dan lain-lain) daripada besi yang bergandar panjang.

skop II

bidang yang diliputi, ruang liputan, ruang lingkup,:
prakata mengandungi penerangan tentang tujuan buku itu ditulis, ~ kandungan buku, dan sejarah penulisan buku itu.

skor

(mata, gol, jaringan, dan sebagainya) jumlah angka kemenangan dalam perlawanan.

skors

[Indonesia-Belanda];

diskors
1. dihentikan untuk sementara sahaja (mesyuarat, perjumpaan, dan lain-lain);

2. digantung (jawatan, pangkat, dan lain-lain) untuk sementara.

skrabel

sejenis permainan untuk membentuk perkataan daripada huruf-huruf yang berasingan.

skrin

1. sekat (tabir dan lain-lain);

2. permukaan yang rata berupa kaca dan sebagainya (pada televisyen, monitor komputer dan sebagainya) tempat memaparkan gambar, teks, grafik dan sebagainya.

skrip

cerita dan lain-lain yang bertulis (bertaip dan sebagainya);
~ filem skrip yang disediakan untuk sesebuah filem, termasuk arahan kerja kamera dan sebagainya, lakon layar;

penskripan hal (proses) penulisan skrip:
memanglah drama Melayu sebelum ini tidak ada tradisi ~.

skrip II

sijil sementara (dalam urusan saham) yang membolehkan pemiliknya menukarkannya menjadi wang atau sijil saham biasa.