[sastera lama] seluar.
seruas
sejenis tumbuhan (pokok renek), dada kura, kahwa (kopi) hutan, lidah rusa, mempulih, riang-riang gelugur, rumpu-rumpu, seberutut, tembusu paya, Fagraea racemosa.
serugat
sejenis tumbuhan (anggerik), rancung hantu, Tropidia curculigoides.
seruh I
1. kecut atau kempis (bisul, bengkak, dan lain-lain), susut kerana mendap dan lain-lain (beras dalam karung dan lain-lain);
2. [Kedah] pucat lesi (seperti orang baru betah daripada demam).
seruh II
~-serah bunyi seperti bunyi orang berjalan dengan mengheretkan kakinya.
seruh III
[arkaik] seru, sengit.
seruit
sejenis tombak yang digunakan untuk menikam kura-kura, tempuling bermata satu.
seruk
[Jawa] sejenis tempat menyimpan beras daripada mengkuang dan lain-lain (boleh memuat 10 gantang);
bagai ~ dihentak ki orang yang terlalu gemuk.
serul
tidak melekat (butir-butir nasi, ketul-ketul tanah, dan lain-lain), gembur.
seruling
sejenis alat bunyi-bunyian yang ditiup (daripada buluh dan lain-lain).