serta

1. turut, bersama, ikut, mengikut:
Australia telah menyatakan hasratnya untuk ~ dalam persidangan itu;
jikalau datang kepada had nyawa sekalipun yang pekerjaan tuan hamba ~lah hamba;
apabila Tuan Raffles datang memukul tanah Jawa, maka ia hendaklah ~ bersama-sama dari darat;

2. = berserta bersama-sama (dengan):
maka dipilihnya empat puluh anak peria yang baik-baik, dibawanya ~;

3. dan juga, juga:
Encik Ramli dan Encik Ghani, ~ ketua pejabat di kementerian itu tidak datang bekerja;

4. sebaik sahaja, demi, apabila:
maka baginda diam pada suatu tempat, ~ hari malam maka datanglah biawak terlalu banyak;

5. sambil, seraya:
Benar pula itu, kata Datok Raja di Langit, ~ memandang kepada Sutan Baginda;

6. baharu sahaja, sesudah:
~ didengar Ramli ratap sedemikian, sekonyong-konyong ia pun berpaling kepada ibunya;

serta-serta = serta-menyertai;
berserta
bersama-sama (dengan), mengikut, menurut:
orang kaya-kaya yang ~ menghantar baginda itu semuanya menjunjung duli;
jika engkau mati dengan pekerjaan tuanmu, aku pun mati ~lah dengan kamu;

menyertai
1. mengiringi, mendampingi, mengikuti:
setiap pelajaran yang saya berikan itu, disertai dengan latihan;
bantahan mereka kali ini disertai dengan ugutan yang lebih hebat;

2. bersama-sama dengan, menemani, mengawani (untuk menolong dan lain-lain):
Tuhan ~ orang yang sabar;

3. mengikut serta, turut bersama:
tidakkah ibu bapa mereka melarang mereka ~ tarian itu?

serta-menyertai turut serta (dalam hal orang dan lain-lain), ikut mencampuri;

menyertakan, mempersertakan
1. membiarkan menyertai, memperikuntukan;

2. mengembarkan bersama (surat dan lain-lain), mengirimkan bersama (dengan);

pesertaan perihal berserta;

penyertaan perbuatan menyertai (menyertakan):
~ negara-negara anggota dalam rancangan-rancangan PBB;

peserta orang yang mengikut serta (dalam sesuatu perkara seperti pertandingan, pergerakan, dan lain-lain), pengambil bahagian:
seminar antarabangsa ini dihadiri oleh ~-~ dari Asia Tenggara, Australia dan New Zealand;

penyerta;
kata ~ [Indonesia] kata yang menyatakan ketentuan atau ketidaktentuan sesuatu kata nama (seperti the, a danan dalam bahasa Inggeris, atau der, die dan das dalam bahasa Jerman), kata sandang.

serta-merta

pada ketika itu juga, tanpa berlengah-lengah, segera:
arahan itu berkuat kuasa dengan ~;

keserta-mertaan keadaan serta-merta.

sertipikat

[Indonesia-Belanda] surat keterangan, surat tanda, surat akuan;
~ doktor surat akuan daripada doktor.

sertu

menyertu menyucikan mana-mana bahagian badan yang terkena najis mughallazah (anjing dan babi) dengan air bercampur tanah sekali dan air mutlak enam kali, menyamak.

SERU

akronim bagi Socioeonomic Research Unit (Unit Penyelidikan Sosioekonomi).

seru I

kata ~
a) kata untuk memanggil;
b) kata yang dikeluarkan dengan tiba-tiba (kerana kesakitan, terperanjat, dan lain-lain);

berseru
1. memanggil dengan berteriak (dengan suara nyaring):
Mariam ~ dengan suara tinggi;

2. mempelawa, mengajak, menganjurkan:
Presiden Park telah ~ kepada semua rakyat supaya bekerja dengan lebih kuat lagi;

berserukan [sastera lama] = menyerukan;
menyeru
memanggil, meneriak:
pegawai itu ~ nama Salim;
pesuruh Allah ~ manusia supaya mengenal Allah dan taat kepada Allah;

menyerukan
1. meneriakkan atau mengucapkan sesuatu dengan nyaring:
seorang pegawai yang berpakaian hebat telah ~ suatu titah daripada yang maha mulia;

2. menghebahkan, mengkhabarkan, mengumumkan:
keputusannya akan diserukan kemudian;

3. menganjurkan atau mengusulkan (supaya):
rencana yang ~ supaya ada kerjasama antara sasterawan, wartawan, dan ahli sains Melayu sangat menarik perhatian;

4. = menyeru-nyerukan mengheboh-hebohkan, menggembar-gemburkan;

seruan
1. sesuatu yang diserukan, panggilan (dengan suara yang nyaring):
~ yang berapi-api dan pidato-pidato sahaja tidak akan memberi apa-apa manfaat;

2. anjuran, ajakan:
Nabi mula-mula menyampaikan ~ Islam kepada orang yang hampir sekali dengannya;

penyeruan perbuatan menyeru (menyerukan):
Abu Talib telah memberi sepenuh-penuh sokongan kepada Rasulullah dalam ~nya itu;

penyeru
1. [arkaik] seruan;

2. orang yang menyeru atau menyerukan, juruhebah.

seru II

sengit (pertempuran, peperangan, dan lain-lain), hebat:
peperangan di Asia dan di Pasifik masih berjalan dengan ~.

seru III

[sastera lama] serba, sarwa:
dengan pertolongan Tuhan ~ sekalian alam, sudahlah selamat kami kembali dengan sejahteranya.

seruak

[Minangkabau];

menyeruak membuka jalan ( di antara orang banyak), masuk melalui tempat yang sempit, berjalan serta menguak-nguakkan (tumbuh-tumbuhan, orang, dan lain-lain) supaya dapat dilalui:
Uda Patah dengan termengah-mengah berlari dan ~ ke tengah orang banyak itu.