belantan

sejenis kayu pendek yang digunakan untuk memukul (selalunya digunakan oleh polis), cokmar, gada, tembung;

membelantan memukul dengan belantan, menggada, menembung:
polis ~ perusuh yang enggan bersurai.

belantara

1. sangat luas (berkenaan (dengan) hutan, laut, padang dan sebagainya):
lebih kurang lima, enam, tujuh hari, mereka akan belayar dalam laut ~; hutan ~ = rimba ~ rimba raya, hutan yang luas dan tebal;
padang ~ ark
a) padang pasir;
b) padang dan hutan;

2. hutan yang luas:
segala kenderaan telah dapat melalui bukit dan ~ dengan kemajuan yang dicapai;

3. [kiasan] keadaan (jahil, ragu-ragu dan sebagainya) yang keterlaluan:
pendapatnya memanglah berhasil menebas ~ keraguan.

belantik I

sejenis perkakas untuk menangkap binatang dan biasanya dibuat daripada tali dan pembidas (kalau binatang itu tersentuh tali ia akan terkena tombak, peluru atau jerat);
~ batang belantik yang dibuat daripada buluh yang dilubangkan di samping;
~ bidas = ~ embat = ~ terbang belantik yang menjerat kaki binatang;
~ pangkung belantik yang menyebabkan binatang kena pukul di kepala;
~ parak = ~ parap = ~ paut belantik yang menyebabkan binatang terkena tombak;
~ pesawat belantik yang menyebabkan binatang kena peluru senapang.

belas I

hiba, turut bersedih, kasihan:
mereka terasa ~, terasa sedih melihat budak itu;
~ kasihan
belas dan kasihan;

berbelas = ~ hati;
berasa belas hati;
~ kasihan berasa belas dan kasihan:
barangkali kerana kita berdekatan dan sama-sama senasib maka kita sama-sama ~ kasihan;

membelaskan = ~ hati menyebabkan rasa belas:
banyak cerita yang ~;

pembelas (orang yang) mudah atau selalu berbelas hati:
Jamilah sejak kecil merupakan seorang gadis yang ~ hingga ia tidak tergamak mengusir kucing pun.