periuk yang dibuat daripada tanah (untuk memasak sayur dan lain-lain);
memancing dalam ~ (peribahasa) mencari keuntungan pada keluarga (sahabat) sendiri.
belangah
[arkaik];
terbelangah ternganga, terbuka lebar.
belangkan
sejenis tumbuhan (pokok), kangkatung, katung, kekatung, keranji kepoyang,
a) Cynometra inaequifolia;
b) Cynometra polyandra.
belangkas I
sejenis ketam (betina) yang besar dan berekor seperti sangkur (biasanya didapati berpasang-pasangan), Limulus moluccanus;
ekor ~ pedang (sangkur dan lain-lain) yang berbentuk ekor;
yu ~ sejenis ikan laut, kebas, pari karas, pari serban, Narke dyteryangia;
macam ~ [kiasan] selalu berdua-duaan (pemuda-pemudi dan lain-lain);
bagai keroncor dengan ~ (peribahasa) sepakat.
belangkas II
sejenis golok (bentuknya seperti belangkas).
belangkas III
pokok telur ~ sejenis tumbuhan (pokok renek), culan, Aglaia adorata;
daun ~ sejenis tumbuhan (pokok renek), daun mangkuk, semangkuk, Nothopanax scutellarium.
belangkin
belaking.
belangko
[Indonesia-Belanda]
1. tidak diisi (borang dan lain-lain), kosong;
2. borang.
belanja
1. wang untuk membeli (membayar) sesuatu:
kerajaan telah banyak mengeluarkan ~ untuk kebajikan masyarakat;
2. wang untuk keperluan sehari-hari (untuk membeli bahan makanan dan lain-lain):
barang kemasnya dijual untuk dijadikan ~;
3. wang yang dibayar sebagai upah atau gaji atas khidmat seseorang:
~ bidan;
4. [bahasa percakapan] = berbelanja membeli barang-barang:
ia sedang ~ di pasar;
5. [bahasa percakapan] = membelanjai~ dapur
a) = ~ hangus pemberian daripada pengantin laki-laki kepada pengantin perempuan (walinya dan lain-lain) untuk biaya perkahwinan;
b) = ~ pasar = wang ~ wang untuk membeli bahan makanan hari-hari;
~ hidup wang untuk membeli barang keperluan hidup;
~ mati [arkaik] gaji yang telah ditentukan;
~ pos wang untuk membiayai perbelanjaan mengirimkan sesuatu melalui pos;
~ terakru (Ekonomi) perbelanjaan yang telah berlaku tetapi belum dibayar dan belum direkodkan pada akhir tempoh perakaunan;
berbelanja
1. membeli barang-barang (untuk keperluan rumah tangga):
mereka ~ untuk persiapan Hari Raya Puasa;
2. mengeluarkan wang (untuk membayar dan lain-lain):
bukannya sedikit kerajaan ~ untuk sekolah-sekolah;
membelanjai
1. mengeluarkan wang untuk orang lain atau diri sendiri, membiayai, menyara:
siapa yang ~ adiknya jika ia tiada di sini?
2. = belanja mengeluarkan wang untuk orang lain bukan sebagai tanggungjawab tetapi hanya untuk suka-suka atau untuk merapatkan perhubungan (dengan rakan-rakan, adik-beradik, dan lain-lain):
dia ~ kawan-kawannya makan di Kajang;
membelanjakan mengeluarkan wang untuk sesuatu keperluan:
sedang dibuat rang undang-undang berkenaan dengan hal ~ wang negara;
belanjaan [Jawa]
1. benda-benda yang dibeli (di pasar dan lain-lain);
2. berbelanja;
perbelanjaan perihal berbelanja:
kerana banyak membeli buah-buahan dari luar negeri, ~ makin meningkat;
segala rang undang-undang dan ~ wang haruslah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Undangan;
pembelanja orang yang suka berbelanja (biasanya secara boros).
belanjawan
1. perhitungan banyaknya wang yang akan diterima (sebagai pendapatan) dan dibelanjakan, butiran ringkas anggaran pendapatan, dan perbelanjaan:
menteri kewangan bertanggungjawab menyediakan ~ negara setiap tahun;
2. peruntukan wang untuk sesuatu keperluan atau untuk sesuatu jangka waktu:
perdebatan mengenai perincian ~ kementerian pendidikan diteruskan hari ini.