belanja

1. wang untuk membeli (membayar) sesuatu:
kerajaan telah banyak mengeluarkan ~ untuk kebajikan masyarakat;

2. wang untuk keperluan sehari-hari (untuk membeli bahan makanan dan lain-lain):
barang kemasnya dijual untuk dijadikan ~;

3. wang yang dibayar sebagai upah atau gaji atas khidmat seseorang:
~ bidan;

4. [bahasa percakapan] = berbelanja membeli barang-barang:
ia sedang ~ di pasar;

5. [bahasa percakapan] = membelanjai~ dapur
a) = ~ hangus pemberian daripada pengantin laki-laki kepada pengantin perempuan (walinya dan lain-lain) untuk biaya perkahwinan;
b) = ~ pasar = wang ~ wang untuk membeli bahan makanan hari-hari;
~ hidup wang untuk membeli barang keperluan hidup;
~ mati [arkaik] gaji yang telah ditentukan;
~ pos wang untuk membiayai perbelanjaan mengirimkan sesuatu melalui pos;
~ terakru (Ekonomi) perbelanjaan yang telah berlaku tetapi belum dibayar dan belum direkodkan pada akhir tempoh perakaunan;

berbelanja
1. membeli barang-barang (untuk keperluan rumah tangga):
mereka ~ untuk persiapan Hari Raya Puasa;

2. mengeluarkan wang (untuk membayar dan lain-lain):
bukannya sedikit kerajaan ~ untuk sekolah-sekolah;

membelanjai
1. mengeluarkan wang untuk orang lain atau diri sendiri, membiayai, menyara:
siapa yang ~ adiknya jika ia tiada di sini?

2. = belanja mengeluarkan wang untuk orang lain bukan sebagai tanggungjawab tetapi hanya untuk suka-suka atau untuk merapatkan perhubungan (dengan rakan-rakan, adik-beradik, dan lain-lain):
dia ~ kawan-kawannya makan di Kajang;

membelanjakan mengeluarkan wang untuk sesuatu keperluan:
sedang dibuat rang undang-undang berkenaan dengan hal ~ wang negara;

belanjaan [Jawa]

1. benda-benda yang dibeli (di pasar dan lain-lain);

2. berbelanja;

perbelanjaan perihal berbelanja:
kerana banyak membeli buah-buahan dari luar negeri, ~ makin meningkat;
segala rang undang-undang dan ~ wang haruslah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Undangan;

pembelanja orang yang suka berbelanja (biasanya secara boros).

berkongsi