bunga ~ [sastera lama] sejenis bunga.
serayut
[Kelantan];
berserayut bergantungan (berkenaan (dengan) kain baju dan lain-lain);
gayut.
serba
1. semua(nya), segala(-galanya), seluruhnya:
ia berpakaian ~ hijau;
2. dalam apa juga hal, apa (bagaimana) jua pun;
keadaannya yang ~ lemah keadaannya lemah dalam segala hal;
pada masa ~ maju ini pada masa maju dalam segala hal;
3. = ~-serbi bermacam-macam (hal, perkara, dan lain-lain), berbagai-bagai:
dilihat oleh Tun Mamat ~ bunga-bungaan dan pelbagai buah-buahan ada dalam taman itu;
4. [sastera lama] (segala jenis) alat perkakas;
~ kapal alat perkakas kapal;
~ rumah perabot rumah;
~ aneka (jenis) pelbagai aneka, bermacam jenis;
~ dua
a) bagi tiap-tiap jenis dua (berkenaan (dengan) hantaran dalam perkahwinan dan lain-lain);
b) [Indonesia] dualisme;
~ guna berbagai-bagai gunanya:
dewan ~ guna;
periuk ~ guna; ~ sama
(Matematik) sama betul bentuk dan besarnya (dua benda atau lebih);
~ satu bagi tiap-tiap jenis satu (berkenaan (dengan) hantaran dalam perkahwinan dan lain-lain);
~ sedikit hanya sedikit daripada tiap-tiap jenis;
~-serbi segala macam, segala-galanya;
~ zat [Indonesia] materialisme.
serba salah
salah dalam segala hal, bagaimanapun salah juga;
keserbasalahan keadaan serba salah:
pandangan ini menggambarkan ~ di kalangan pengarang Afrika.
serbah
~-serbih tidak kemas (pakaian dan lain-lain).
serbak
menyerbak merebak ke merata-rata tempat (bau-bauan), semerbak;
menyerbakkan menyerakkan ke merata-rata tempat (bau-bauan);
semerbak.
serban I
kain yang diikatkan di kepala (seperti yang dipakai oleh haji dan lain-lain);
berserban memakai serban;
sudah ~ sudah menjadi haji.
serban II
[Kelantan]
1. sakit sengal-sengal tulang;
2. [Kelantan], [Terengganu] kebas, semut-semut.
serbaneka
bermacam jenis, berbagai-bagai.
serbang
kusut-masai (rambut), berterbangan.