sejenis tumbuhan (pokok dan buah).
serbat
1. minuman daripada air gula (biasanya dimerahkan) yang menyegarkan (menyamankan), sirap;
2. minuman daripada halia dan lain-lain (biasanya manis).
serbet
[Indonesia-Belanda] sejenis kain linen dan lain-lain untuk menyapu tangan (mulut) sesudah makan.
serbi
serba-~;
serba.
serbih
serbah.
serbu
menyerbu
1. (datang, pergi) melanggar (menyerang):
tentera Jepun sudah mulai ~ Siam;
2. masuk (datang, pergi) beramai-ramai dengan meluru:
selesai sahaja imam memberi salam, anak-anak ~ keluar;
3. merempuh, meluru:
seorang laki-laki yang besar badannya ~ ke dalam kamar kerjanya;
menyerbui menyerbu ke, menyerang;
menyerbukan menyebabkan (menjadikan) menyerbu:
pasukan itu diserbukan ke tempat-tempat yang tidak kuat pertahanannya;
~ diri menghamburkan (menceburkan, melurukan) diri kepada atau ke dalam;
serbuan hasil menyerbu, serangan:
dia dapat melepaskan diri daripada ~ polis;
penyerbuan perbuatan menyerbu, penyerangan:
~ itu , apabila sampai ke dalam istana, sudah tidak dapat dikawal lagi;
penyerbu orang (pihak) yang menyerbu, penyerang:
aku berharap ~-~ itu mempunyai rasa kasihan kepada seorang bayi.
serbuk
benda yang berbutir-butir dan halus (seperti tepung, kopi, teh, dan lain-lain), bubuk:
ia mengibas-ngibas ~ kopi yang tertumpah di atas tikar;kena ~ termakan ubat guna-guna (dalam makanan);
~ besi habuk daripada besi yang telah digergaji dan lain-lain;
~ bunga [Indonesia] debunga;
~ gergaji habuk yang diperoleh ketika menggergaji papan dan lain-lain, tahi gergaji;
~ letupan campuran serbuk sulfur, arang kayu, garam kalium, dan lain-lain, yang menghasilkan letupan kuat apabila dinyalakan;
~ peluntur campuran garam kalsium (seperti kalsium hipoklorit, kalsium klorida, kalsium hidroksida, dan lain-lain) yang digunakan untuk melunturkan bahan dan membuat ubat pembasmi kuman;
~ penaik campuran natrium bikarbonat dengan bahan lain (lazimnya asid tartarik) yang digunakan untuk membuat roti dan kuih;
~ ubat ubat dalam bentuk serbuk;
menyerbuk menjadi (seperti) serbuk;
menyerbukkan menghancurkan (menumbuk, mengisar, dan lain-lain) menjadi serbuk;
menyerbuki [Indonesia] memindahkan (mengenakan) debunga pada stigma;
penyerbukan
1. proses membuat sesuatu menjadi serbuk;
2. [Indonesia] pemindahan debunga.
serdadu I
anggota tentera, askar, perajurit:
tidak lama kemudian, turunlah dua orang ~ dari atas gunung itu;
bagai ~ pulang baris (peribahasa) orang yang kelihatan selalu bergaya tetapi berada dalam pekerjaan berat dan bahaya.
serdadu II
ikan ~ sejenis ikan laut, Arius macronotacanthus.
serdadu III
kembang ~ sejenis tumbuhan (herba), Lochnera rosea.