sengaja

= dengan ~
1. memang diniatkan (dimaksudkan dan lain-lain) lebih dahulu, memang diniatkan begitu:
penyair ~ ingin berbeza daripada orang biasa;
bukan sahaya ~ ke mari, dihantar ombak ditumpu angin;

2. = bersengaja dibuat-buat, sahaja:

sengal I

1. berasa sakit-sakit pada sendi (kerana perjalanan darah tertahan dan lain-lain), kaku, kebas, pegal:
~ kaki (tangan);

2. = ~ tulang sejenis penyakit tulang (reumatisme);
~ pinggang sakit (pegal) pinggang.

sengal II

sengal-sengal = ~ nafas susah bernafas, sesak nafas:
dengan nafas ~, diberikannya wang lima puluh sen kepada perempuan tua itu;

tersengal-sengal termengah-mengah (nafas).

sengap

tidak berbunyi (berkata-kata), diam, senyap:
akhirnya dia ~, memerhatikan tiap-tiap inci gerak-geri suaminya;

menyengap diam membisu, membatu;

menyengapkan
1. menyuruh diam, menengking supaya diam, mendiamkan;

2. merahsiakan, menyorokkan;

penyengap pendiam.