sengat

sejenis alat yang tajam lagi berbisa yang terdapat pada beberapa jenis serangga dan binatang-binatang lain (labah-labah, lipan, kala, ikan keli, dan sebagainya), antup;
seperti lebah, mulut membawa madu, pantat membawa ~ (peribahasa) perempuan yang elok parasnya dan manis tutur bahasanya tetapi buruk dan jahat kelakuannya;

bersengat
1. ada sengatnya;

2. [kiasan] disegani (ditakuti dan lain-lain) orang;

menyengat
1. menikam dengan sengat (lipan dan lain-lain), mengetip dengan sengat:
seekor kala jengking tanah ~ tapak tanganku;

2. [kiasan] tajam (berkenaan (dengan) kata-kata, sindiran, dan sebagainya), berbisa:
kata-katanya ~;

sengatan hasil (akibat) daripada perbuatan menyengat:
tekanan darah mangsa ~ menurun secara mendadak;

penyengat sejenis serangga yang bersengat;
jenis-jenis:
Ropalidia spp., Vespa auraria, Provespa anomala dan lain-lain;
memelihara ~ dalam baju (peribahasa) menaruh musuh dalam rumah tangga sendiri akhirnya tentu akan mendapat kecelakaan.

sengau

dengan bunyi suara yang keluar melalui hidung apabila bercakap;
huruf ~ huruf (seperti n, ng) yang dilafazkan dengan mengeluarkan udara melalui rongga hidung;

menyengaukan melafazkan (huruf dan lain-lain) dengan bunyi yang keluar melalui hidung:
vokal i yang berlaku selepas atau sebelum konsonan n seperti pada perkataan ini, disengaukan;

sengauan bunyi sengau, sebutan sengau;

kesengauan sifat (keadaan atau bunyi) sengau:
~ yang sengaja dibuat-buat untuk menyindir seseorang;

senget

tinggi sebelah (letak atau duduk sesuatu benda), condong, miring, sendeng:
ketika perahu itu ~ dipukul ombak, badannya ikut bergolek ke tepi;
~-menget
tinggi rendah, tidak sama (permukaan);
biar ~ jangan tertiarap (peribahasa) lebih baik rugi sedikit daripada rugi banyak;

menyenget menjadi senget (tidak seimbang dan lain-lain), menyendeng:
motokar yang mempunyai spring lembut itu ~ apabila mematah selekoh;

menyengetkan meletakkan senget, menyendengkan, memiringkan;

tersenget miring, sendeng (letak sesuatu).