sendawa II

bunyi (seperti bunyi meneguk) yang keluar dari kerongkongan kerana kekenyangan dan lain-lain:
~ perlahan melonjak dari kerongkongan Leman;

bersendawa mengeluarkan bunyi dari kerongkongan (kerana kekenyangan dan lain-lain):
apabila ia ~, yang keluar hanya bau durian sahaja.

sendayan

sejenis tumbuhan (rumpai), rumput sendarayan, senayan batu, seratit, Thoracostachyum bancanum;
~ masin
sejenis tumbuhan (rumpai), mengkuang tikus, pandan tikus, pokok selangsang, Pandanus oratus;
~ piah = rumput ~
sejenis tumbuhan (rumpai), rumput pepara, Rhynchospora corymbosa.

sendel

bersendel bersandar;
~ bahu
a) saling menyandarkan bahu;
b) bekerja bersama-sama, saling membantu, saling menolong:
pahlawan itu sedang berjuang ~ bahu dengan kawan-kawannya menggempur barisan musuh.

sendeng I

1. tidak tegak letaknya, senget, miring, tidak seimbang (bahu), rendah sebelah;

2. (Matematik) sempadan (pada sesebuah segi tiga tepat) yang letaknya bertentangan dengan sudut tepat;

3. [bahasa percakapan] agak kurang siuman, kurang ingatannya;
~-mendeng terhuyung-huyung (seperti hendak jatuh);

bersendeng bersandar:
dia tidak duduk terus melainkan ~ pada tempat pegangannya sahaja;

bersendengan agak miring (condong, senget) letaknya:
kalau angin kencang, layar perahu ~;

menyendeng senget atau condong letaknya, miring:
seseorang penunggang motosikal ~ arah ke dalam apabila menempuh selekoh;

menyendengkan meletakkan condong (senget, miring) sedikit, menyengetkan (letak sesuatu);

tersendeng-sendeng terhuyung-hayang (seperti hendak jatuh).

sendeng II

[Indonesia-Belanda]

1. usaha mubaligh agama Kristian (Protestan);

2. mubaligh agama Kristian (Protestan);
rumah sakit (sekolah dan lain-lain) ~ rumah sakit (sekolah dan lain-lain) yang diselenggarakan oleh mubaligh agama Kristian.

senderung

1. sejenis ikan laut, Plectropoma maculatum;

2. sejenis ikan laut, Epinephelus fasciatus.