sendak II

menyendak mengunci dengan palang (pintu dan lain-lain):
pintu pondoknya dikunci dari dalam, disendaknya dengan kayu palang;

penyendak kayu palang untuk menutup pintu, selak.

sendal I

= penyendal
1. lapik (alas dan lain-lain) yang disisipkan ke bawah sesuatu benda supaya tidak goyah atau goyang;

2. sesuatu (baji dan lain-lain) yang disisipkan untuk mengetatkan benda-benda yang longgar;

menyendal mengenakan (membubuh, memasang) sendal.

sendal II

menyendal sl, menyendalkan mencuri dengan pantas, menyentak dengan cepat (dengan tidak disedari), merenggut:
apa daya kula ~ dia kerana Melayu berkeris di hadapan, jika ia berkeris dari belakang dapat juga kula sendal;

kesendalan terkena curi (copet), kecurian:
~ aku oleh Jawa ini.

sendar

bersendar berdengkur (tidak kuat), berkeruh:
Tamin sudah ~-sendar kecil di sisinya.

sendat

1. tidak longgar (cincin dan lain-lain), ketat, sempit:
sampai di rumah, dia melucuntukan segala pakaiannya yang serba ~ dan terus merebahkan tubuh ke katil;

2. tidak dapat diisi lagi (karung dan lain-lain), penuh betul, tumpat:
pondok tempat kami berlindung itu terlalu ~ dengan manusia;

menyendati memenuhi ruang hingga padat, memadati:
dia hilang di celah-celah orang ramai yang ~ lorong itu;

menyendatkan menjadikan sendat, menyumbatkan;

tersendat
1. tersumbat (saluran dan lain-lain), terketat, tersekat:
negara-negara maju mengalami keadaan ~ disebabkan birokrasi pentadbiran yang berlebih-lebihan;

2. = tersendat-sendat;

tersendat-sendat [kiasan] tersekat(-sekat), tidak lancar:
mereka harus dilatih berbicara dengan tenang, jelas, gramatis, tidak ~ dan tidak berbelit-belit;

kesendatan keadaan sendat.

sendawa I

1. bahan kimia kalium nitrat (KNO3) yang digunakan sebagai campuran dalam ubat bedil;
asam ~ [Indonesia] asid nitrik;
baja ~ baja yang mengandungi nitrat;
zat ~ [Indonesia] gas nitrogen;

2. = ubat ~ mesiu, ubat bedil:
maka lakulah ~ di dalam Riau.