autonom

[Indonesia-Belanda] mengurus (mengendalikan) pemerintahan dan sebagainya sendiri.

autonomi

pemerintahan (pentadbiran,pengurusan) sendiri, hak mengurus pemerintahan (pentadbiran dan sebagainya) sendiri (tanpa penguasaan atau pengendalian oleh pihak lain);

berautonomi mempunyai autonomi, mempunyai hak atau kuasa sendiri:
sebuah institusi penyelidikan yang ~ dan bebas mengenai perpaduan kaum hendaklah ditubuhkan;
jelas bahawa rancangan Amerika adalah untuk mewujudkan sebuah wilayah Palestin ~ dan bukannya sebuah negara Palestin.

autoplasti

(Perubatan) penggantian tisu yang rosak kerana cedera, berpenyakit dan sebagainya, dengan tisu yang diambil daripada bahagian lain tubuh pesakit itu sendiri.

autopsi

(Perubatan) pembedahan dan pemeriksaan mayat untuk menentukan atau mengetahui sebab-sebab kematian;

mengautopsi melakukan autopsi.

autoritarian

1. berpegang teguh pada peraturan dan undang-undang;

2. orang yang percaya akan ketaatan sepenuhnya terhadap autoriti.

autoritarianisme

faham (pendirian, prinsip, dan sebagainya) yang mengutamakan taat setia kepada pihak yang berkuasa di sesebuah negara.

autoritatif

1. diiktiraf (diakui, diterima) sebagai yang benar atau yang boleh dipercayai dan dijadikan pegangan:
pada umumnya kecekapan sesuatu bahasa itu terpancar dalam kamus yang ~ dalam bahasa yang berkenaan;
makalah yang ~ tentang masalah yang dihadapi peniaga-peniaga kecil;

2. (penuh) berkuasa, berwibawa.

autoriti

1. kuasa atau hak (untuk memberi perintah, mengawal, membuat keputusan, dan sebagainya):
beliau mempunyai ~ untuk mewujudkan dan menetapkan hukum;

2. sumber (orang, buku, dan sebagainya) sebagai sumber maklumat tentang sesuatu yang boleh diterima atau dipercayai:
kamus merupakan salah satu ~ yang sahih dalam kajian ini;

berautoriti mempunyai autoriti.