[Minangkabau] menang (dalam permainan galah panjang).
asin-asin
sejenis tumbuhan (pokok renek), cekur (manis), Sauropus albicans.
asindeton
(Linguistik) deretan kata (frasa, klausa, ayat) yang tidak menggunakan kata hubung, misalnya saya datang, saya melihat, saya menang.
asing
1. berlainan, terpisah, tersendiri;
berasa diri ~ (di sesuatu tempat) berasa diri terpisah atau bukan sebahagian daripada tempat yang berkenaan;
2. berasal (datang) dari daerah atau negeri lain, bukan tempatan, bukan anak negeri:
banyak bangsa ~ di negeri ini;
tanaman modal ~;
3. bukan dari dunia ini:
makhluk ~;
4. tidak seperti yang biasa terdapat (dilakukan, diamalkan, dan lain-lain):
amalan-amalan yang ~ bagi masyarakat Melayu;
asing-asing terpisah-pisah, tersendiri-sendiri:
barang-barang itu dinilai ~;
berasing
1. menyisih, memisahkan diri (dr):
anak ini ~ dari kawan-kawannya;
2. berubah, menjadi lain:
kasihnya sudah ~;
berasingan, berasing-asingan tidak bersatu (bercantum dan sebagainya), berlain-lainan, terpisah, berpisah-pisahan:
kertas soalan itu terbahagi kepada dua bahagian yang ~;
pemerintahan kedua-dua kawasan itu sekarang ~, tetapi masih ada perhubungan yang rapat antara kedua-duanya;
mengasing berasing;
mengasingkan
1. = memperasingkan memisahkan (dari yang lain), menyisihkan:
Afrika Selatan bertujuan menyebelahkan atau ~ orang berkulit putih daripada orang yang berwarna;
~ diri menyisihkan (memencilkan) diri;
2. menempatkan (membuang) ke tempat yang terpisah atau terpencil:
dia pernah diasingkan ke Boven Digul;
terasing terpisah, tersisih, terpencil;
keterasingan
1. perihal terasing, keadaan atau kedudukan terasing (tersisih), terasingnya:
satu lagi faktor yang perlu dititikberatkan ialah ~ generasi muda Melayu kerana berbagai-bagai masalah sama ada benar-benar wujud atau sengaja diada-adakan;
2. keanehan, keganjilan, keluarbiasaan:
~ perasaan itu ada hubungan dengan darahnya sendiri;
keasingan sifat dan lain-lain yang berlainan daripada yang lain, kesendirian, kelainan:
tiap-tiap ciptaan sajak mempunyai ~ yang istimewa;
pengasingan
1. perihal (perbuatan dan sebagainya) mengasingkan atau memisahkan, pemisahan;
2. perihal mengasingkan (menyisihkan, memencilkan) diri:
China mengubah sikap ~nya dan mulai membenarkan orang asing masuk;
al-Farabi mengamalkan cara hidup zuhud dan cenderung pada ~ diri;
3. tempat dibuang, tempat diasingkan, (tempat) pembuangan:
dari tempat ~ itu ia lari ke daerah musuh.
asisten
[bahasa percakapan] pembantu, penolong.
askar
1. tentera, serdadu, perajurit:
seorang ~ payung terjun telah mati kerana kecederaan;
2. pasukan tentera:
beberapa batalion ~ kerajaan telah dikejarkan ke medan perang.
askomiset
(Biologi)kumpulan kulat dalam kelas Ascomycetes, termasuk kulapuk, kulat, dan kulat pereput kayu.
asli
1. berkenaan orang yang asal keturunannya, lahir, dan tinggal di sesebuah negeri;
orang ~ penduduk asal sesebuah negeri (bukan orang asing atau orang mendatang);
2. berkenaan sesuatu yang berasal dari sesebuah negeri atau daerah itu sendiri (bukan ciptaan dan sebagainya asing):
lagu ~;
baju ~;
3. berkenaan bawaan sejak lahir:
sifat-sifat ~;
4. tulen (bukan buatan terkemudian atau tiruan ataupun bercampur bahan lain):
getah ~;
gas ~;
5. berkenaan yang asal (bukan saduran atau terjemahan):
karangan ~;
naskhah yang ~;
6. [Indonesia] berkenaan yang asal (bukan salinan):
ijazah ~ ijazah asal (bukan salinan);
7. berasal, keturunan orang baik-baik;
anak-anak ~ bukan sebarang orang;
keaslian perihal (sifat dan lain-lain) asli, ketulenan, kejatian:
~ naskhah ini tidak perlu disangsikan.
asma
penyakit sesak nafas, penyakit bengik, lelah.
asmara
cinta, kasih, cinta berahi;
bermain ~ bercinta-cintaan, bercumbu-cumbuan;
berasmara
1. bercinta-cintaan, berkasih-kasihan:
mereka sedang mabuk ~;
2. bercumbu-cumbuan;
keasmaraan
1. jatuh cinta, dalam percintaan, kasmaran;
2. asmara, cinta berahi:
angkatan muda yang masih hijau dan gila ~ sahaja.