adaptasi

penyesuaian dengan keadaan dan sebagainya yang baru atau berbeza:
~ buku-buku Indonesia sedang diusahakan oleh Bahagian Terjemahan;
seseorang itu perlu membuat ~ terhadap hidupnya untuk mengimbangkan tuntutan keperluan dengan kemampuan diri;

beradaptasi membuat penyesuaian:
struktur biologi yang berbeza itu ~ secara fungsiannya dengan jenis-jenis persekitaran yang berbeza;

mengadaptasi membuat adaptasi:
orang Islam di merata-rata pelosok dunia ini ~ istilah dan rangkai kata Arab;
drama terjemahan perlu diadaptasi supaya mencerminkan nilai-nilai dan alam kita;
seorang klien diajar mengubah dan ~ tingkah laku daripada yang tidak normal atau tidak rasional kepada yang lebih rasional dan logik
;

pengadaptasian perihal (perbuatan dan sebagainya) mengadaptasi sesuatu;

pengadaptasi orang yang membuat adaptasi (penyesuaian), orang yang menyesuaikan sesuatu (biasanya karya sastera atau seni):
Muhammad Uthman Jalal dianggap sebagai ~ yang paling berpengaruh, tidak kurang sepuluh buah drama Perancis telah diadaptasi.

adas

1. = ~ landi = ~ pedas sejenis tumbuhan (herba), Foeniculum vulgare;

2. = ~ cina = ~ manis sejenis tumbuhan (herba), Anethum graveolens.

adat

1. peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun (sejak dahulukala) di dalam sesuatu masyarakat (sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi), lembaga:
~ Minangkabau;
~ Perpatih;
~ Rembau;

2. cara yang sudah menjadi kebiasaan, sifat, kebiasaan:
~ air cair, ~ api panas;
kurang ~
tidak sopan, kurang ajar;
membawa ~ haid (datang bulan);
mengisi ~ menjalankan adat kebiasaan, memenuhi kewajiban;
tahu ~ sopan;
tak tahu ~ tidak sopan, kurang ajar;
~ dunia sifat dunia, kebiasaan di dunia;
~ gelanggang = ~ menyabung peraturan menyabung (ayam);
~ istiadat berbagai-bagai adat (peraturan) yang dituruti;
~ menyerambi adat menjamu bakal menantu laki-laki;
~ resam adat kebiasaan;
~ bersendi syarak, syarak bersendi ~ (peribahasa) segala perbuatan hendaklah jangan bertentangan dengan adat dan agama;
~ diisi, lembaga dituang (peribahasa) [Minangkabau] mengerjakan sesuatu menurut adat kebiasaan;
~ gajah terdorong (peribahasa) orang yang berkuasa biasanya menyalahgunakan kekuasaannya;
~ lama pusaka usang (peribahasa) [Minangkabau] adat yang tidak berubah-ubah sejak dahulu;
~ periuk berkerak, ~ lesung berdedak (peribahasa) jika berkehendakkan keuntungan, haruslah susah;
~ sepanjang jalan, cupak sepanjang betung (peribahasa) tiap-tiap perbuatan ada peraturannya, tiap-tiap negeri mempunyai kebiasaannya:
hidup dikandung ~ mati dikandung tanah (peribahasa) setiap orang harus mentaati adat selama hidup dan jangan pula melupakan bahawa dia akan mati;
hilang ~ tegal muafakat (peribahasa) adat lama itu boleh diubah asal dengan muafakat;

beradat
1. mempunyai adat, tahu sopan santun;

2. melakukan sesuatu secara adat;

mengadatkan menjadikan sesuatu adat, menjadikan sesuatu kebiasaan;
adat yang diadatkan adat yang ditetapkan;

teradat sudah menjadi adat atau kebiasaan;
adat yang ~ adat yang terjadi kerana kebiasaan.

adegan

[Jawa] bahagian daripada babak (sandiwara, wayang):
ia berlakon dengan baik dalam ~ di atas kapal;
~ ranjang (bahagian daripada) babak asmara di atas katil (dalam lakonan sandiwara, wayang gambar, dan sebagainya) yang menimbulkan keghairahan:
tingkah laku yang bertentangan dengan Islam digambarkan dalam hubungan seks dan ~ ranjang.