kayu pada tiang perahu (kapal) untuk menggantungkan layar:
~ atas;
~ bawah.
andang-andang II
[Jawa] tahi lalat.
andapita
[Jakarta] [arkaik] sejenis penganan.
andar
mati ~
a) mati dengan tidak diketahui sebab (atau pembunuhnya);
b) mati dengan tidak disembelih (berkenaan (dengan) binatang).
andartu
gelaran atau panggilan yang bermaksud anak dara tua:
apa tujuan perkahwinan aku ini? Adakah kerana tidak ingin digelar ~?
andas I
tempat menaruh sesuatu yang hendak ditempa atau dipotong, landasan;
mengandaskan membuat atau memakai seperti andas.
andas II
(Biologi) tulang kecil yang terdapat dalam bahagian tengah telinga mamalia (di antara dua tulang kecil yang lain).
andeka I
(Sanskrit) daulat (tidak dipakai pada raja Islam);
kena ~ ditimpa daulat, kena bencana kerana menderhaka kepada orang yang berkuasa;
berandeka berdaulat:
memang hakikatnya, raja berdaulat penghulu ~.
andeka II
[Jawa];
mengandeka [sastera lama] bertitah.
anderak
[arkaik], anderik lubang untuk menangkap gajah.