lebat

1. banyak dan rapat tumbuhnya (rambut, bulu, buah, daun, dan lain-lain):
rambutnya ikal, ~ dan hitam;
kian lama kian jauh perjalanan kita, kian lama kian ~ rimba yang dituju;
pokok ini ~ buahnya;

2. banyak lagi tebal (hujan, embun, dan lain-lain):
hujan yang turun dengan ~nya pada pagi itu masih belum sidang-sidang lagi;

3. banyak lagi penuh (berkenaan (dengan) corak kain dan sebagainya):
dia boleh menyiapkan sehelai kain songket yang ~ corak emasnya dalam masa dua belas hari sahaja;

melebat menjadi lebat (hujan, buah-buahan, dan lain-lain):
hujan mula ~ kembali;

melebatkan menjadikan atau menyebabkan lebat:
minyak yang dikatakan dapat ~ rambut;
sejenis baja yang digunakan untuk ~ buah mangga setiap kali musim berbuah;

kelebatan perihal lebat (hujan);

pelebat (bahan) yang melebatkan:
lemak udang pula boleh dijadikan bahan ~ rambut atau bulu roma.

berkongsi