kukuh I

1. kuat dan tegap buatannya atau binaannya (berkenaan (dengan) bangunan, empangan, dan lain-lain), tahan (tidak mudah runtuh, binasa, rosak, dan lain-lain):
untuk meruntuhkan kota yang besar dan ~ itu, terpaksa digunakan bahan letupan;
cat ini merupakan satu lapisan pelindung yang ~ untuk menahan besi itu daripada berkarat;

2. teguh (pendirian dan lain-lain), tidak mudah berubah atau berganjak (pendirian dan lain-lain), cekal (hati):
Baba masih ~ dengan pendiriannya tidak mahu bertolak ansur;

3. tidak mudah turun naik (berkenaan (dengan) ekonomi, kewangan, harga dan sebagainya), kuat, teguh, stabil:
ekonomi negara kita masih ~ walaupun sedang dilanda oleh kemelesetan ekonomi dunia;
harga pasaran minyak kelapa sawit diramalkan terus ~ pada beberapa tahun akan datang;

berkukuh
1. bertahan (pada kedudukan dan lain-lain), menetap, memperkuat kedudukan dan lain-lain:
mereka tidak mahu melihat kaum kapitalis dan imperialis ~ di negara mereka;

2. berpegang teguh pada pendirian (janji dan lain-lain), berteguh hati;
~ kata berjanji sungguh-sungguh (tidak akan mungkir);

mengukuh menjadi kukuh (teguh, stabil dan sebagainya):
ekonomi negara itu didapati semakin ~;

mengukuhi
1. memegang (mempertahankan) sungguh-sungguh:
~ pendirian lamanya;

2. meneguhkan dengan:
rangka gedung itu dibuat daripada simen yang dikukuhi dengan besi;

mengukuhkan menjadikan kukuh (pertahanan, kedudukan, ekonomi, dan lain-lain), meneguhkan (pendirian, perhubungan, dan lain-lain):
kerajaan telah berusaha ~ pertahanan negeri sebagai langkah bersiap sedia menghadapi ancaman musuh;
pertandingan membaca Quran merupakan suatu usaha ~ tali persaudaraan sesama kita umat Islam;

memperkukuh menjadikan lebih kukuh;

kekukuhan kekuatan (binaan, benda, dan lain-lain), keteguhan (pendirian dan lain-lain), ketabahan (hati):
~ benteng pertahanan;
~ hati dan ketabahan jiwa untuk memelihara akidah dan iman;

pengukuhan perihal mengukuhkan (meneguhkan), peneguhan;
pidato ~ [Indonesia] pidato atau syarahan penerimaan jawatan (dibuat ketika mula memangku jawatan);

pengukuh sesuatu yang mengukuhkan atau memperkukuh, penguat:
bahan ~ bagi pencelupan peringkat kedua;
~ pendapat.

berkongsi