kompleks

1. rumit, sulit (tidak mudah atau jelas), mengandungi berbagai-bagai unsur (ciri dan sebagainya) atau perkara:
masalah yang dihadapi tidak ~ dan akan dapat diatasi;
masyarakat moden dengan cara hidup yang ~;
masyarakat Malaysia memang ~ sifatnya dengan berbagai-bagai kaum dan suku bangsa, adat resam, bahasa, dan sebagainya;

2. kumpulan butir atau unsur atau gabungan pelbagai bahagian yang menciptakan (mewujudkan) sesuatu yang sempurna atau lengkap;

3. kumpulan bangunan atau binaan yang terdiri daripada beberapa binaan dan sebagainya yang bercantum menjadi suatu keseluruhan:
~ membeli-belah;
rancangan membina sebuah ~ sukan di Ayer Keruh, Melaka;
K~ Jemaah Haji di Kelana Jaya;

4. (Psikologi) perasaan (seperti perasaan megah, rendah diri, dan lain-lain) yang mempengaruhi sikap, perangai, keperibadian, dan lain-lain seseorang:
setelah mencapai kejayaan, timbullah ~aku pengarang dan aku wartawan;

5. (Kimia) sebatian yang satu molekulnya terangkai pada molekul lain melalui ikatan koordinat;
~ rasa bersalah (Psikologi) keadaan fikiran seseorang yang dihantui perasaan bersalah kerana telah terlanjur melakukan sesuatu kesalahan;
~ rendah diri (Psikologi) keadaan fikiran yang menyebabkan seseorang merasai dirinya kurang penting, kurang dikagumi, tidak bijak dan sebagainya sehingga boleh mendorong ia bersikap agresif atau menyisihkan diri;
~ tinggi diri (Psikologi) keadaan fikiran yang memperlihatkan sikap seseorang yang berasa seolah-olah dirinya lebih hebat, lebih penting, lebih bijak dan sebagainya daripada orang lain dan cenderung bersikap sombong diri atau angkuh;

kekompleksan sifat atau keadaan kompleks:
ayat-ayat yang diterbitkan mempunyai ~ yang tinggi.

berkongsi