tewas

1. menderita kekalahan, kalah (dalam permainan, pertandingan, dan lain-lain):
~ dalam pertandingan kejohanan badminton;

2. gugur (dalam peperangan), mati, terkorban:
mereka telah ~ dalam peperangan itu;

3. tidak lulus (dalam ujian), gagal, kandas:
dia telah ~ dalam ujian itu;

4. [sastera lama] cela, cacat, aib, kekurangan (dalam ilmu dan lain-lain):
baiklah hamba pergi berguru kepadanya, kerana hamba sangat ~ pada ilmu penjurit;

menewaskan
1. mengalahkan (musuh dan lain-lain), menundukkan: dia yakin bahawa dia akan dapat ~ lawannya dalam pertandingan itu;

2. membunuh musuh (dalam peperangan, pertempuran), mematikan;

ketewasan
1. kekalahan (dalam permainan dan lain-lain);

2. kematian (dalam perang dan lain-lain);

3. kecelaan, kecelakaan, kegagalan, bencana;

4. kalah.

berkongsi