lengkap dengan (mengandungi, mempunyai, dan sebagainya) maklumat (data, ciri-ciri, unsur-unsur, dan sebagainya) yang terbaru, sejajar dengan kemajuan (perkembangan dan lain-lain) semasa:
menyediakan data dan fakta yang ~;
reka bentuk dan mutu yang ~;
daftar atau jadual yang ~;
mengemaskinikan menjadikan kemas kini, mengusahakan dan sebagainya supaya (menjadi) kemas kini:
kamus-kamus Melayu mestilah dikemaskinikan dengan tambahan kata-kata baru;
meminda dan ~ beberapa peruntukan dalam akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984;
~ lagi pengetahuan yang sedia ada;
mengadakan strategi baru atau ~ rancangan-rancangan lama;
pengemaskinian perbuatan (usaha dan sebagainya) mengemaskinikan:
buku-buku tatabahasa yang ada itu berdasarkan bahasa Melayu dulu, jadi suatu usaha ~ perlu dilakukan.