kemas

1. elok dan rapi kelihatannya (kerana segala-galanya teratur, tersusun, terurus, dan sebagainya dengan baik), teratur (tersusun dan lain-lain) dengan elok atau rapi:
bilik-bilik di rumah itu semuanya kelihatan ~;
jahitan itu dimatikan dengan ~ dan teguh;
barang-barang jualan biarlah kelihatan ~ dan dapat menarik perhatian para pelanggan;
rumah ~
rumah yang bersih dan rapi (segala perabot dan lain-lain tersusun dengan baik);

2. kuat, teguh, erat:
pelukan Jalil yang ~ itu tidak terurai;

3. [Minangkabau] beres, bersih, habis, selesai;

4. sihat, segar (tubuh):
~ rasanya badan; barang-barang ~ barang-barang yang tinggi nilainya (seperti barang-barang perhiasan daripada emas, permata, dan sebagainya);

berkemas, berkemas-kemas menyusun-nyusun (mengatur-atur) barang-barang dan sebagainya supaya segala-galanya kelihatan rapi (tidak berselerak dan lain-lain):
Basir memerhatikan Ros ~ dengan berhati-hati benar nampaknya;
~ rumah
membersihkan rumah dan mengatur perabotnya dan lain-lain supaya (rumah) kelihatan rapi;

mengemas, mengemasi mengatur (menyusun dan lain-lain) rapi-rapi (tidak berselerak dan sebagainya), mengelokkan atau merapikan (tempat tidur, rumah, dan lain-lain):
malam itu Salim sibuk ~ dan mengumpulkan barang-barang kerajaan yang hendak diserahkan esoknya;
~ seluruh rumah sebelum menyambut hari raya;

mengemas-ngemas membetulkan supaya rapi:
dia bangun meninggalkan Lebai Pa yang ~ kopiah putih di kepalanya;

mengemaskan
1. menjadikan tersusun (teratur, rapi, dan lain-lain), membereskan:
sekalian anak kapal sibuk ~ barang-barang kerana masing-masing hendak segera turun ke pangkalan;
~ diri
menghiaskan diri (dengan bersolek, berpakaian bersih, dan lain-lain);

2. menghabiskan (wang, harta benda, dan lain-lain):
belum berapa lama berkahwin, hartanya sudah dikemaskan oleh suaminya;

memperkemas menjadikan lebih kemas (teratur, rapi, dan lain-lain):
bahagian penerangan pertubuhan itu sedang diperkemas supaya licin pentadbirannya;
saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada beliau yang turut memberikan pandangan bagi ~ buku ini;

kemasan
1. hasil kerja menghias sesuatu ruang:
~ begini menimbulkan seri dan membuat keadaan rumah tidak menjemukan;

2. sesuatu benda (kain, logam, dan sebagainya) yang diperelok bahagian permukaannya supaya kelihatan rapi;

kekemasan keadaan kemas;

perkemasan perihal berkemas-kemas;

pengemasan perbuatan mengemas(kan);

pengemas orang yang mengemasi (mengemaskan):
~ bilik;
~ daftar fail.

berkongsi