jaja

berjaja
1. mencari rezeki (nafkah, pendapatan, dan sebagainya) dengan membawa barang dagangan berkeliling untuk dijual:
Yahya didenda kerana ~ tanpa lesen;

2. berjual:
dia dilarang ~ di situ;

menjajakan
1. menjual barang dagangan dengan membawanya berkeliling:
riuh-rendah bunyi orang ~ barang dagangan masing-masing;

2. [kiasan] menyebarkan (menyatakan dan sebagainya) ke sana sini atau merata-rata:
Menteri Pendidikan menasihatkan rakyat supaya tidak terperangkap dengan fikiran sempit golongan yang ~ pendapat mereka sebagai sesuatu yang mutlak;
~ khabar;

jajaan benda atau barang yang dijajakan;

penjajaan perbuatan (kerja) menjajakan;

penjaja orang yang berjaja:
seorang ~ telah dikenakan denda sebanyak RM100.

berkongsi