1. badan atau organisasi yang ditubuhkan untuk sesuatu tujuan tertentu;
~ pengajian tinggi universiti atau maktab;
~ kewangan bank dan sebagainya;
2. sesuatu (seperti agama, ciri-ciri budaya, dan lain-lain) yang sudah berakar umbi atau menjadi kukuh dalam masyarakat dan lain-lain:
~ pawang, bomoh, atau dukun sudah ada dalam budaya Melayu berabad-abad lamanya;
penghuraian terhadap ~ agama Islam;
menginstitusikan menjadikan (sebagai suatu) institusi, menjadikan sesuatu berakar umbi atau kukuh dalam masyarakat dan lain-lain:
berpunca daripada keadaan inilah timbul satu perbezaan jelas antara lelaki dan wanita, lalu diinstitusikan;
keinstitusian yang berkaitan dengan sistem, ciri, atau sifat institusi:
susunan ~ hendaklah mencerminkan tahap amanah yang tinggi, sikap terbuka, dan sebagainya;
penginstitusian perihal menginstitusikan sesuatu (badan, organisasi, kaedah) supaya kukuh dalam masyarakat atau organisasi:
kelompok sains itu mempunyai beberapa ciri khusus yang memungkinkan ~ kaedah sains.