1. turut serta, turut sama, bersama-sama:
kalau diundang pun dia tidak akan ~ hadir;
dia tidak percaya adiknya telah ~ melakukan kejahatan itu;
2. [bahasa percakapan] dengan (kenderaan):
awak nak ke sana pergi ~ apa?;
~ angin = ~ arus mengikut pendapat orang ramai;
~ banyak (Ekonomi) (berkenaan (dengan) upah) dihitung menurut banyaknya hasil yang diperolehi;
~ masa (Ekonomi) (berkenaan (dengan) upah) dihitung menurut lamanya bekerja;
~ suka ikut kehendak sendiri;
~ telunjuk mengikut segala perintah orang (tidak berani membantah);
~ hati mati, ~ rasa binasa, ~ mata leta (peribahasa) orang yang mengikut hawa nafsu akhirnya akan binasa;
~ hukum memiat daging, sakit di awak sakitlah di orang (peribahasa) hendaklah berlaku adil apabila menjalankan sesuatu perintah;
ikut-ikut
1. mencontohi (perbuatan orang dan lain-lain), meniru;
2. turut campur;
ikut-ikutan mengikut-ikut (fikiran, perbuatan, dan lain-lain) orang lain, tidak mempunyai pendirian sendiri:
seni lahir daripada jiwa raga sendiri dan bukan daripada ~ atau tiru-tiruan;
berikut
1. berserta, beriring:
kebebasan mestilah digunakan dengan berhemat-hemat dan tidak ~ dengan niat jahat;
2. yang tersebut di bawah ini, (yang) datang selepas ini, seterusnya:
buku-buku yang mustahak dibeli segera adalah seperti ~;
sambungan cerita tersebut akan disiarkan dalam majalah ini keluaran yang ~;
3. bersama dengan:
meja itu dijual ~ kerusinya;
berikut-ikut berturut-turut, yang satu selepas yang lain:
mereka bersaing-saing, ~ dan berdahulu kemudian;
berikutan ekoran daripada, akibat daripada, kemudian dr, sesudah:
~ itu ia meneruskan pengembaraannya;
rombongan itu dikirim ke mari ~ pertemuan Perdana Menteri dengan Presiden Johnson;
kota itu menjadi sunyi sepi ~ mogok;
mengikut
1. pergi bersama-sama dengan, menurut, mengiring, menyertai (di belakang):
budak itu ~ ayahnya ke hutan memikat burung;
ramai budak yang ~ perarakan itu;
2. meniru, mencontohi:
kanak-kanak biasanya mudah ~ kelakuan ibu bapanya;
tahun ini ramai orang kampung yang ~ Amin menanam padi dua kali setahun;
3. mematuhi (perintah, nasihat, dan lain-lain), menganut (ajaran, faham):
dengan mudah, kedua-dua orang itu ~ perintah saya;
sebahagian besar penduduk negeri itu ~ Mazhab Shafii;
4. melalui (jalan dan lain-lain):
orang kampung itu pergi ke bandar terpaksa ~ sungai dengan menggunakan perahu;
dia sampai dahulu kerana dia ~ jalan yang dekat;
5. menurut, sesuai dengan, selaras dengan:
contoh jentera yang dibuat ~ skala 1 inci;
~ teori Darwin, manusia itu berasal daripada beruk;
suaranya keluar teratur ~ irama muzik;
~ hati menurut kehendak hati;
~ jejak meniru perbuatan orang yang dahulu;
~ telunjuk mematuhi, ikut telunjuk;
bagai tekukur ~ kata (peribahasa) anak angkat yang mengikut kata (dapat diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkat);
mengikut-ngikut meniru-niru:
negara-negara ini mengejar kepentingan kebangsaan masing-masing yang ~ kepentingan orang lain;
mengikuti
1. turut di belakang orang, menurut apa yang telah terjadi atau ada:
ia ~ aku keluar;
sidang di Pulau Pinang tahun 1960 diikuti oleh sidang di K.L tahun 1961;
2. turut sebagai yang telah dilakukan orang, mencontohi apa yang dibuat orang sebelumnya:
inilah jalan yang diikuti oleh umat Islam;
3. turut hadir (dalam pelajaran, kursus, kuliah, latihan, dan lain-lain):
dia pernah ~ kuliah Hamka mengenai tasawuf;
4. memerhatikan (mendengarkan, membaca, melihat, dan lain-lain) dengan bersungguh-sungguh:
telah lama aku ~ perkembangan politik negeri ini;
dengan matanya, dia ~ suaminya meninggalkan rumah;
mengikuntukan, memperikuntukan menjadikan berikut, menyertakan, menyaingkan;
memperikut [arkaik] mengejar, mengikut:
orang-orang Siam itu diperikut oleh Bendahara Paduka Raja sampai ke Singapura;
terikut-ikut mengikut (sesuatu) dengan tidak begitu disedari (kerana terlalu terpengaruh olehnya dan lain-lain):
terdapat juga penutur-penutur bahasa Melayu yang ~ dengan struktur tatabahasa lain;